Friday, 27 October 2017
Saturday, 17 January 2015


Semuanya mudah
Semuanya indah
Andai sang suami memahami
Andai sang suami memberi semangat
Andai sang suami mencuri sedikit masa utk si isteri
Tapi semuanya jadi payah
Semuanya jadi menyakitkan
Andai sang suami itu hanya berpegang pd "title"nya sahaja
Apalah yg dia tahu apa yg si isteri sedang lalui
Pedih. Jerih. Payah.
Usah berbicara tentang syurga neraka
Andai perananmu tidak dilaksanakan dgn baik
Malah mengharapkan si solehah menjadi serikandi
Andai itu harapanmu
Mengapa menyunting aku yg tidak sesolehah mana?
Sunday, 28 December 2014


Asri datang Pt. Raja.
Cuti 4 hari.
Rabu sampai malam.
Ahad sat2 tadi dah balik.
Sengaja aku biarkan dia balik awal.
Sebab sakit hati.
Tak makan tak apa.
Kelibat dia pun tak nampak depan rumah tu.
Tadi nangis lagi.
Hempas pintu lagi.
4 hari ni dah 2kali aku buat perangai.
Sebab frust. Sebab sakit hati.
Masalah rumahtangga memang kena bawak berbincang kan.
Aku dah WhatsApp dia masa kali pertama aku mengamuk utk 4 hari ni.
Aku anggap dia faham apa yg aku nak apa yg aku kurang.
Tapi tadi jadi lagi hal yg sama.
Aku jadi tak tahan dgn sikap dunno seorg lelaki.
Aku menangis sepuas2nya tadi.
LOSER kan aku?
Ada jugak carutan yg menampakkan betapa hodohnya aku tadi keluar.
Tapi tak banyak mcm selalu.
Mungkin perlu ikut cara dia.
Diam membisu seribu bahasa.
Ikut hati aku nak call dia suruh dia balik sini.
Aku nak salam dia peluk dia cium dia.
Dgn harapan dia faham hakikat seorang isteri.
Tapi mungkin aku tak cukup solehah utk seorang suami yg menikahi aku.
Dalam hati rasa sakit. Rasa kecewa yg tak tergambar.
Sudahlah. Selesaikan mana yg dah bermula.
Asri? Simpanlah sayang & kasih utk dia dalam2.
Sekian.
Wednesday, 24 December 2014


tarikh sepatutnya aku abc
tapi delay
aku bercadang nak tunggu seminggu delay baru test
tapi 20/12/2014 aku dah abc
ok fain. sila frust.
terus whatapps Asri yg ada depan rumah
it is just me yg tak tahu nak explain directly
eye to eye
so test kit yg aku beli satu2nya dari bulan 8 hari tu masih belum sempat digunakan
entah ke mana entah menatang tu
sebab kali ni aku macam kononnya yakin la aku pregnant sbb on 3/12/2014 mmg ada spotting pun
di samping perut aku cramp yg aku mmg tak boleh luruskan badan langsung. asal bangun je rasa nak tumbang. minum air putih rasa nak muntah. gosok gigi pun nak muntah
(entah2 sbb gastrik tak?)
ngan tetiba Asri dapat offer kerja Honda..
aku pulak dapat offer mengajar..
memang tetiba aku pun rasa kot2 rejeki baby ke?
group2 mom to be ngan TTC tu mmg dah lama join dah..si Nadz yg dok invite aku masa aku tak pernah terfikir langsung nak ada baby
tapi bila baca2 post kat group, blog...
rasa cam sayu je sbb takde anak lagi
hahaha..
ni pun macam rasa sadis padahal bukannya time pms pun..
boleh berair mata kot
siot je.gurrr.
jauh di sudut sanubari
memujuk hati
mungkin masanya belum benar2 sesuai
untukku & pasangan menjaga amanah itu
barangkali bila keduanya benar2 sudah stabil
barangkali bila kami sudah mula duduk sebumbung seperti pasangan normal
barangkali juga sehingga selesai ijazahku yg satu ini
siapa tahu bukan?
sebagai hambaNya.. kita.. memang benar2 perlu bersangka baik padaNya..
Friday, 25 April 2014


Berbicara tentang subjek
Sambil melihat kalendar
Katanya
Usah hirau tentang senggang atau tidak saat itu
Katanya juga
Lupakan seketika tugas hakiki di sini
Apakah dia mengerti
Atau sekadar menguji
Cuba menerangkan
Cuba juga meluahkan
Seringkali muru'ah ini tercalar
Atas perilaku endah tak endahnya
Ya Tuhan
Aku cuma mahu menjadi seorang isteri dambaan dia
Merasa kasihnya dia padaku
Merasa sayangnya dia padaku
Juga merasa manisnya pernikahan itu
Bagaimana lagi harus telusnya lidah seorang perempuan bergelar isteri
Dalam mengucapkan kata2 puitis
Atau perlu saja terus2an menggadaikan muru'ah yg ada
Sebagai seorang perempuan melayu yg penuh dgn sifat malunya
Wahai suamiku
Bagaimana lagi harusku diungkapkan
Apa yg terbuku di hati
Agar kau mengerti
Tangisku acapkali mengiringi
Bersama kesetiaan yg seringkali turut diuji
Saat fizikalmu dekat dgn ku
Aku terasa kau begitu asing
Sehingga sukar utkku menggapai
Apakah hatimu bukan untukku?
Atau aku ini cuma pelengkap acara?
Buat sekeping hati yg pernah terluka ini
Aku cuma mahukan dia
Seorang suami yg mengasihi, menyayangi serta menyintai aku dgn sepenuh hati
Wednesday, 7 August 2013
Thursday, 1 August 2013


"sy nk ckp ni...Sabtu ni sy nak servis kereta... Ahad ni bdk2 ni ajak iftar pulak"
nak berebut2 naik tren lagi
panjat tangga dgn beg berat?
semput kot..
setakat kena butir2 hujan yg menyakitkan kulit tu dah biasa dah kot
sebab macam life aku kat Parit Raja je
Monday, 29 July 2013


fAdhLi...:tak mo org yg kata2 die melebihi kata2 sy
fAdhLi...:yg nk jd queen control
fAdhLi...:yg mahu di blas ngn duit
fAdhLi...:yg material
fAdhLi...:yg byk kawan laki
me :abes knp kte bile sy blik nnti kite bncg ??
fAdhLi...:yg gile kat duit
fAdhLi...:sy tkkn bbncg da
fAdhLi...:tu je point sy
fAdhLi...:sy da takmo blik kat awk da
fAdhLi...:sy da tak pcya awk
me :oo..
fAdhLi...:lgsg tak
Friday, 12 April 2013


Perasan sekarang bercampur baur
Sedih kecewa semua ada
Mungkin diri belum cukup menghayati kalimah
LAILAHAILLALLAH....
Jadinya terasa lelah
Dgn fitnah duniawi
Terasa begitu rapuh yg di dalam ini
Habluminallah.... Habluminannaass...
Di manakah aku meletakkan keduanya
Dalam mencari redhaMU
Astaghfirullahal'aziiim
Sesungguhnya hanya ENGKAU yg Maha Mengetahui
Maka ku pohon agar sentiasa berbaik sangka pd hambaMU
Kerna aku hampir2 jatuh tersungkur dlm mencari redhaMU
Berikan aku kekuatan...
Berikan aku jalan keluar...
Agar aku bisa utk terus bertahan
Kerna kekuatanku sumber kekuatan mereka yg aku sayang
Friday, 5 April 2013
Tuesday, 19 March 2013


angau itu bila tiap waktu pun ingat dia
angau itu apa
angau itu bila dalam hati selalu berbunga-bunga cinta
angau itu apa
angau itu bila dalam hati dupdap dupdap ingat dia
angau itu apa
angau itu bila tiap hari pun rasa rindu
angau itu apa
angau itu bila tiap-tiap kali end message pun mesti nak dengar suara
angau itu apa
angau itu bila rasa tak sanggup berpisah bila jumpa
angau itu apa
angau itu bila tiap-tiap hari pun mesej ajak kawen
angau itu apa
angau itu bila dlm hati rasa rindu...
rinduuuu sangaatt...
sampai tak tertahan...
dan utk itu...
dalam sujudku...kudoa..
moga-moga dilabuhkan rindu & kasih ini pada jalan yg diredhai
dalam sujudku...kudoa..
moga-moga hati ini tidak terus alpa dgn rasa ini
dalam sujudku...kudoa..
moga-moga dipermudahkan urusan kami
dalam meraih firdausi..
kerana matlamat kita hanya satu
akhirat yg kekal abadi
p/s: sungguh...aku benar-benar merinduinya..
Monday, 11 March 2013


maaflah ibu
maaflah ayah
maaflah Asri
ini bukan perkara biasa
mana-mana perempuan juga akan merasakan hal yg sama
andai ia benar-benar terjadi..
saya tidak tahu apa yg harus saya lakukan
selalu tengok kat tv je kan
tapi bila berlaku pada diri sendiri
jantung berdegup sekencang-kencangnya
alhamdulillah...sang akal masih mampu bertindak pantas
andai saja ia berlaku...
pasti... maruah saya turut tercalar..
benar kata orang, kita takkan tahu bagaimana sehingga kita sendiri berada pada tempat org itu..
moga-moga ia menjadi pengajaran & sempadan buat saya
innallaha ma'ana..
Sunday, 3 March 2013


beremosi barangkali bila lihat gambar tunang Erny
juga ditambah pula dgn kondisi semasa mengisi borang, bahagian maklumat ibu bapa
"hes 72..and shes 69"si ayah & ibu sedang meniti usia tua mereka...
jadi, tidak hairanlah si Ibu seringkali merayu agar aku cepat2 melangsungkan perkahwinan
barangkali mereka tahu yg aku benar2 tak mampu berdiri tanpa mereka..
sedang abg2 & kakak sedang membina kehidupan sendiri...
apalah daya aku utk turut mengganggu...
usai 2 tahun hubungan dibina..
tanpa sebarang ikatan...
walaupun seringan upacara merisik dari pihaknya..
acapkali ditanya, jawapannya berbalik kepada diri sendiri..
katanya biarlah sehingga perjuanganku selesai..
tapi, sayangnya dia tiada di saat emosiku gundah...
di saat aku ingin meluahkan..
di saat aku ingin menangis...
...melepaskan semua egoku..
di saat aku ingin mengadu sedihku..
dia, masih seperti lelaki yg tak pernah rasa apa itu tanggungjawab
walaupun profilnya sebagai anak sulung..
walaupun sudah habis belajar..
walaupun usianya sudah meniti lebih suku abad..
kecewa ini..entah yg ke berapa kali..
barangkali harus membiarkan dia dgn caranya..
berapa kali harus memendam rasa..
utk dia benar-benar berubah...
walhal saat perjalanan phd ini bermula..
aku sudah terasa sesak...
aku sudah terasa sakit...
aku sudah terasa mahu meraung sekuat-kuatnya..
jadi, di mana dia ketika aku memerlukan...??
buat kamu, citrawarna hati..
maaflah andai bahasaku tidak seindah aku yg kau kenali...
maaflah..barangkali aku ini bukan untukmu....
MAAF, DI ATAS KETERLANJURAN DLM BERBICARA...
Monday, 11 February 2013


another guy who approached me pm..
used to actually...
dia invite utk aku attend walimah dia...
sembang2 mcm biasa..
zaman2 rumaja nan indah...
zaman2 hidung mancung dahi licin bajet hawt
zaman2 ke'blur'an tahap gaban bila org approach
malam ni...
bila kusingkap kembali memori lalu (ayatt...)
Mr. K..Mr. D. .Mr. A.. Mr. I... dan Mr.2 lain (vajet la kau Ennon)
yg aku tolak..
alasannya cuma satu
sebab..
aku tak mampu lupakan Syed
sebab..
aku tak rasa aku boleh menyintai mereka spt mana aku cintakan Syed
sebab..
aku tak rasa aku masih ada hati lg utk bercinta selepas Syed
malam ni..
sekali lagi airmata bercucuran
bukan sebab proses penolakan yg berlaku
tapi sebab aku telah melepaskan mereka2
hanya kerana "aku tak mampu lupakan Syed"
macam
tapi itulah hakikat yg perit yg pernah ada dlm hidup aku
setia hujung nyawa
utk seseorang yg tak berbaloi utk kita tunggu
walhal hanya mempunyai ikatan hati
bukannya ikatan pernikahan yg mengikat hingga mati
menyintai..& dicintai itu sangat indah
doaku..moga2 dia insan terakhir..
pendamping jiwaku..
khalifahku...
amiiinnn....
Wednesday, 6 February 2013


"phD phD gak..duit pun nak gak..huhu"
Friday, 1 February 2013


"sabarlah Aida.. lelaki memang camtu.. Anas pun pernah buat mcm tu dulu..nanti bila dia dah matang... dia ok la.. lagipun, lelaki tak suka kena kongkong.. Aida kena la sabar"
konklusi: si gadis minta putus tinggalkan si abg sepet sbb kata sayang tapi tak ambil port tak sedia lah apelah
kata Kak Zana:
"aku rasa Asri tu nak kat kau, tapi ye la.. dia nak rilek2 dulu.. cari duit... santai2... yg aku tengok la kwn2 aku so far lelaki memang mcm tu"konklusi: taknak pk kawen kn sbb nak enjoykah? jd utk apa propose dulu? buat stok..?
kata Ikha:
"biasa la Aida... Lan pun kadang2 macam tu.. tapi Lan pun ada cakap.. tu bukan bermakna lelaki tak sayang.. tak mesej.. tak call.. bukan bermakna tak sayang"
konklusi: terpakselah perempuan mengalah padahal belum kawen aku tak nmpk knp kne ikut ckp boyfren
kata Kak Ham:
"saya rasa Asri tu dia baru nak faham awak.. bila dah jadi mcm ni.. barula dia cuba nak paham awak... baru la dia nampak.."konklusi: masalahnya dah nk dekat relationship baru nak belajar memahami ke?
kata Kak Feresa:
"eh ko ngn boyfren ko pe citer..?? ke ko merajuk sendiri je..? tak terus-terang kate ko merajuk..??"konklusi: masalahnya kalau gtaw aku merajuk, aku kecik hati, aku terasa hati, ada ke dia amek port..? selame ni aku je dok pujuk diri sendiri makan hati je kot
buat Muhamad Asri Azhari Basry,
pengganti hati saya yg dah hilang lama dulu,
saya cuba utk memahami anda..
saya cuba utk menceriakan hidup anda..
saya cuba utk membuat anda bahagia...
saya cuba utk membuat anda ketawa..
tapi.. sepuluh patah saya bercakap
sepatah pun terlalu sukar utk anda lafazkan
maaf, maaf & maaf
saya benar2 tak mampu utk menyelami jiwa anda
saya benar2 tak mengerti apa yg awak mahukan
cukuplah sampai sini saja
utk saya terus2an menangis utk anda
sebab airmata saya tak memberi apa2 buat anda
ruang utk kemaafan buat anda sentiasa terbuka
tapi sayangnya anda benar2 tak hargai peluang tu
anda benar2 melepaskan peluang ke-2, ke-3, ke-4 entah ke berapa saya tak tahu yg sy berikan utk anda
maaf, tapi sudah cukuplah anda menguji kesabaran saya
andai saja anda tahu betapa retaknya hubungan saya yg lepas hanya kerana api kemarahan tak pernah padam antara kami...
andai saja anda mengerti betapa saya cuba menggantikan hati saya yg remuk dulu
andai saja anda tahu betapa saya cuba utk menerima kekurangan anda
andai saja anda tahu betapa saya memikirkan yg positf2 utk anda..
anda memang baik..
tapi sayangnya anda tidak menghargai kehadiran saya di sisi anda
anda memang baik..
tapi sayangnya baik anda bukan utk saya..
anda memang baik..
mungkin utk orang lain...
saya tak minta harta menggunung dari anda
cukuplah sekadar tempat buat saya mengadu
tempat utk saya bercerita kisah sedih saya
kerana menjadi muka ketat seperti saya itu sebenarnya sgt memenatkan
nota kaki: kalau dah memang BUKAN empunya tulang rusuknya.. apalah daya kita utk terus2an mencuba mix n match... kalau diteruskan juga.. takut2 nanti patah pula
Monday, 28 January 2013


aku menghitung waktu
dalam melayan egoisnya diri
di antara kasih yg terbelenggu jauh di sanubari
mungkin diri terlalu berpuitis
dalam menyatakan maksud hati
sehingga kekasih hati tidak mengerti
betapa hancurnya hati
tiktok tiktok...
aku masih menghitung waktu
dalam sujudku di tempat itu
dalam doaku padaMu
moga2 diberikan kekuatan
padahal diri penuh dgn kekalutan
tiktok tiktok...
tidak henti2 aku menghitung waktu
menunggu hadirnya kekasih hati
sehingga gugurnya manik2 itu
dalam keadaan sesaknya manusia
biarlah apa orang kata
kerna aku benar2 lemah pd saat itu
apakah si dia tidak pernah menyintai
atau si dia benar2 tidak mengerti
apa yg terbuku di hati
perjalanan diteruskan
sehingga tiba di suatu tempat
hanya kami. ia hanya kami
berbicara dari hati ke hati
walhal bibir masih terus terkunci
baik aku mahupun dia
entah apa yg bakal terjadi kali ini
saat kata putus diambilnya
lebih baik memutuskan hubungan dr terus begini
cuba berlagak seperti dewasa
cuba juga berfikir seperti dewasa
tapi sayang... cuba lagaknya saja
walhal hati ini terlalu sakit..
terlalu kecewa dgn perkataan itu
sakitnya hati.. kecewa hati
sehingga menampakkan kesan
dalam deraian airmata beserta esakkan
seperti lagaknya anak kecil
dalam kepayahan menghirup udara
dalam deraian airmata
hati entah kenapa turut merasa
mengapa kekasih hati turut menangisi
walhal dialah yg menoktahkan hubungan
akal entah mengapa turut berdiskusi
apatah airmatanya itu untukku?
apakah sayangnya padaku itu benar?
tulus utk aku??
kamu... menangis utk aku..?
sungguh.. aku hanya seorang perempuan biasa
yg tidak menyedari betapa kasihmu untukku..
sayangku Azhari..
terima kasih utk airmatamu..
andai engkau kekasih hati penawar sanubari yg diciptakan untukku
pasti.. akan ada ruang untuk kita sama2 mengasihi
melayari bahtera alam berumahtangga
menyayangi hingga ke syurga
cuma.. masa & waktunya belum tiba
untuk kita mengetahui apakah kita ini benar2 berjodoh atau sebaliknya
pintaku.. moga2 kaulah yg terakhir
walau apa pun kurangnya.. walau apa pun pincangnya
doaku.. moga2 sod ba ro itu senantiasa mengiringi..
kerna pasangan itu haruslah saling lengkap-melengkapi
Wednesday, 23 January 2013
Sunday, 20 January 2013


sampai menyerang gadis itu
entah apa yg aku fikir
utk si sepet itu
entah apa yg aku korbankan
utk si dia
entah apa yg aku tinggalkan
demi memiliki insan itu
bagaimana lagi harus berkompromi
bagaimana lagi harus aku lupakan
tentang kisah hatinya pd gadis itu
bagaimana harus melupakan
kira hati benar2 terguris dgn kenyataan itu
biarpun sekian lama
entah hatinya masih terpaut pd gadis itu
kerna gadis itu cinta pertamanya
mana mungkin melupakan yg lama bukan?
betapa sempitnya otak menerima ilmu
betapa soal hati begitu mempengaruhi proses pembelajaran
sehingga satu kerja pun tak jalan
ya Allah...
bekukan hatiku utk lelaki itu
agar aku bisa meraih hidupku kembali
agar aku bisa membina hidupku sendiri
tanpa dia di sisi