Thursday 30 June 2011

betapa tempangnya kaki
betapa pincangnya langkah
merangkak-rangkak dalam menggapai persefahaman
dan menghayati sod ba ro
sehingga menampakkan ketidaksopanan seorang gadis
entah apa yg menganggu-gugat
entah apa yg membuatnya menduga insan itu sedemikian rupa
entah apa yg menolak dan mendesak sehingga tindaknya tak ubah seperti si jahil
yg tak pernah mengenal erti kesopanan
sejenak membuatkannya berfikir
apakah perlu menyimpulkan ikatan itu
atau menoktahkan sebuah catatan perjalanan..
nafas dihela panjang..
sehingga yg di dalam terasa begitu menyesakkan
dan memilih jalan itu..
mungkin inilah yg terbaik..
agar yg di dalam itu tak terus terkena sembilu
yg menusuk makin lama makin dalam..

Tuesday 7 June 2011

semakin hari semakin sayang
semakin hari semakin kuat
semakin hari semakin aku yakin dengan pilihan yg satu ini
ku pilihnya kerna dia itu lelaki biasa
malah sangat biasa
kerana diri ini juga perempuan biasa

memiliki hati yg satu itu
bagi menggantikan hati yg telah lama rosak
bernanah lalu membusuk
ternyata hati yg baru itu hati yg bersih
tanpa sebarang noda
di mana setiap tindaknya penuh dgn hati-hati
demi menjaga hati yg satu ini
supaya tidak tercedera parah
supaya hati ini bisa menerima dgn berlapang dada
supaya jasad ini bisa menerima hati yg baru ini
tanpa sebarang complication
mungkin awalnya agak terkedu
dengan jawapan yg diberikan
sebab tidak menyangka dia org sebegitu
padahal luarannya tampak biasa-biasa shj

"Maaf ye.sbb bf u ni kolot ckit:-("

ternyata dia bukanlah org biasa
malah seorang yg berbeza
mungkin inilah yg dikatakan

"Assolatu 'imaduddeen.."
"..Innassolata tanhaa 'anil fahsyaaa i wal munkar"


yg melindungi pengamalnya dr berbuat yg tidak-tidak
yg menghalang pengamalnya dr menzalimi diri sendiri juga org lain
sungguh, aku terasa bertuah memilikinya..
kerana yg biasa ini tidak hanya menjaga amalannya
tapi juga turut menjaga amalanku
moga-moga ini yg terakhir
menjadi pemilik hati
moga-moga hati yg ini
dapat menjaga hatiku
dan mengimbangi dunia akhiratku