Friday 16 July 2010

pernah dengar x pepatah pujangga menyatakan..
"jangan menyintai seseorang 100% , jika tidak apabila kita kecewa atau si dia berbuat kesalahan, kita tidak akan mampu utk bertahan.."

oh itu mmg bukan pepatah pujangga..
itu hanyalah selingan lecturer hubungan etnik aku..
aku tidak faham..
tidak mengerti sebenarnya..
sehinggalah sampai saat cinta pertamaku terkandas..(pertama ke?)

tapi apa yg aku rasakan sekarang..
mungkin bukan cinta..
MUNGKIN..
menemuinya HANYA 2 tahun sekali..
jangankan telefon, sms juga jarang..
ym..??hanya atas urusan yg penting2 shj..
dalam 1 situasi yg x dijangka..
atas hubungan yg x bernama..

tiada kata2 manis & berpuitis..
tiada juga konsep "oh lihat ke dlm mataku, betapa aku menyintaimu"
dalam kekasarannya..
ada kata2 hikmat..
ada nasihat..
walaupun tanpa sebarang madah.

pertemuan kali ini..
seakan-akan aku tidak menjadi diriku sendiri..
sesungguhnya aku malu..
mempamerkan padanya bahwa aku sudah x seperti dulu..
sesungguhnya aku malu..
kerana aku bukan lagi "aida" yg dikenalinya dahulu..

pertemuan itu pasti akan ada "org" ketiga..
saat pertemuan itu diganggu..
aku masih lagi mampu menolak
masih mampu lagi tindakan refleks itu berfungsi tanpa memerlukan bantuan sang akal
hati masih mampu lagi tersentak tatkala si dia menyatakan sesuatu yg pastinya bertentangan dgn prinsipnya..
membuatkan aku berfikir..
"adakah dia sengaja mengujiku?"

sesungguhnya dia..
masih lagi begitu..
masih lagi si dia yg aku kenal sewaktu umurku di penghujung belasan tahun..
baik dr segi rupa mahupun lagak..
kerana dia mmg begitu..
sememangnya begitu.
sememangnya x pernah x menjengkelkan.
x pernah x menyakitkan hati..
tapi kenapa ya..
aku masih memandang dia "unik".
kenapa ya..
atau mungkin..
aku masih terperangkap dgn kisah kanak-kanak.
kisah di hotspring yg benar2 menguji kesabaranku..
(ye mmg aku jd geram)
kisah di kedai cenderamata yg m'buat aku jd malu2 kambing
(sbb tiba2 pula dia jd romantik)
ataupun..kisah helmet b'cop sirim & barcode?
(seyes..dia mmg seorg yg show-off.oh oh oh tidak)
entahlah..

ketika ini..waktu ini...dan saat ini..
masing-masing mempunyai perancangan tersendiri..
punya cita-cita..
dan komitmen..
andai..tiada siapa-siapa yg menghuni di hati.. (gamaknye)
andai..tiada siapa-siapa yg mampu mencairkan ketulan ais ini.
maka ya Allah..
aku redha..

barangkali "hanya memuji" seperti lagu shanty & marcell..

Tuesday 6 July 2010



Salju Di Danau Rindu

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu
Biarpun pudar kelam masa silam
Bagiku kasih sayang satu anugerah
Tak ternilai olehku

Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar meyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


lagu ni di'post' oleh seseorang kt wall aku baru2 ni.
siap ada mamat exist tu nyanyi dgn penuh feel lg.
klu tgok tu, mmg cam pelik la.
ye la..korang pun tau kan cane vclip jaman dolu2..
tp kalau dengar lagu ni..hayati tiap2 bait..
cam sayu je..
sbb aku penah kasi lagu ni kat dia masa aku nk kua asrama lu.
a reminiscence..
kalau di'refresh' balik..
memang masa usia muda2 rumaja tu moment yg paling berharga dlm hidup aku.
aku belajar tentang sahabat, tentang cinta..pengorbanan & airmata (ecehh...)

kenangan itu indah..
malah sangat indah....
bunga yg dia kasi kt aku dgn ucapan
"good luck for your PMR, do the best"
(camtu la kot bunyinye)
masih lagi ku simpan..
tidak meletakkan nama sebenar..
hanya 6 digit kod yg perlu diterjemah..
(yg pastinya bkn ak yg jdik tukang terjemah)
rose merah yg masih lagi berada dlm simpananku..
walaupun tangkainya sudah ku soletep (ape ni saloh eja)
kerana itu rose pertama yg aku dapat dr seorang lelaki.
kerana itu juga rose pertama pemberiannya kpd seorg perempuan..

baru2 ini kami berbicara mengenainya..
mengenai lagu ini..
dan juga rose merah itu..
menahan malu sendiri.
oh sungguh telus rupa-rupanya usia remaja itu.

"Tak pernah ku kesal Memilih dirimu"

kerana aku x pernah kenal apa itu kekesalan..
saat diri ini pertama kali melihatnya..
dan dialah yg aku mahukan..

"kenangan terindah" by Samsons..
lagu yg pernah diberikan kepadaku.
aku kenangan terindahnya & begitu juga dia.
sekadar mengimbas memori lalu..
bisa membuatku tersenyum..

sesungguhnya aku sayang padanya..
dan aku pasti dia juga begitu..

sudah 9 tahun..
walaupun masing-masing telah berubah
(ye, dia sudah semakin tinggi & kacak juge)
walaupun masing-masing sedang bertatih di tangga kejayaan
walaupun masing-masing sudah ada haluan sendiri
walaupun masing-masing ada yg menemani
tapi perasaan itu masih sama..
masih rindu..masih sayang..

buat yg berada di sisi.
di sisiku mahupun di sisinya.
janganlah memaksa utk membuat pilihan.
kerana hubungan ini telah tercipta terlalu lama.
sayang itu juga telah lama disemai..
kerana dia yg terdahulu sebelummu..
dan aku juga yg terdahulu sebelumnya..

tapi perlu ditegaskan..
sayang x bermaksud cinta..
dan sayang itu sendiri luas ta'rifannya
dan seharusnya masing-masing tahu..
sayang itu sayang yg bagaimana..
jadi oleh itu..
diharap juga ..
buat insan yg berada di sisi..
dan 'bakal' di sisi..
seharusnya mengerti ..
kasih sayang yg x pernah pudar itu bagaimana..

p/s: maaf di atas keterlanjuran..

seharusnya disertakan gambar sebenar penulis.
bergelen-gelen acne scar ghupenye.
hengatkan cun sgt