Showing posts with label tarbiah. Show all posts
Showing posts with label tarbiah. Show all posts

Sunday, 26 July 2015

Unexpected..
Sayang mama & papa
Moga2 kamu kuat & tabah seperti mama
Moga2 kamu sabar & teguh seperti papa
Mama & papa sayang kamu
Dunia akhirat

Thursday, 2 July 2015

Hari ni terlewat bangun
Jadi missed sahur
Nak bangun kaki cramp
Jadi subuhnyer gajah
Dosa subuh pertama di bulan mulia
Hai lah...
Hari ni hari kedua kecil hati dgn Asri
Due to the word he keep repeated
"Xde duit"
Mintak belikan creampuff pun takde duit katanye
Nak scan baby pun takde duit katanye
Lama2 dikumpul bernanah juga dlm hati
Tambah2 dgn keadaan sekarang
pembawakan budak
Suami jauh
Jadi makanya jerih perih sendiri
2 hari ni juga nangis sokmo
Semalam tidur dgn jayanya di PGR
Sebab banyak benda dlm kepala otak
Kelip2 mata jgn kasi nangis
Tapi nangis jugak
Asri wasap tak balas
Bukan taknak tapi dlm hati rasa sakit
Sedih sendiri
Hari ni baby kerap gerak
Maafkan mama sayang
Mama selalu sedih2
Mama selalu ganggu emosi kamu
Hai lah sedih lagi

Monday, 2 March 2015


Date Taken: 1/3/2015
Time: 3:00 p.m.

Masa memula check tu sbb Asri yg mamai2 bangun pagi tanya soalan,
"Awak kenape tak period lagi?"
"Entahla..""..."
"Kenape? Nak kena check ke?""Ye la kan?"
"...Saya malas la nak check.. Nanti esok2 dia keluar la..""G la check.."
"Saya malas la nak check. lagipun pagi tadi saya dah kencing dulu dah sebelum solat. Lagipun kalau check sekarang pun bukan jelas pun. Kena pepagi baru jelas"

Langsung laki aku dah malas nak berdebat dgn bini dia yg ketegaq ni.
Tak pela..check le jugak even aku memang pulun kopi kaw kot..(ada kaitan ke?)
Kencing bau kopi siak. Wat malu je.

Masa p celup2 UPT tu aku cam kagum jap
"Eh cepatnya dia serap. Eh kertas segini je sampai 5 hengget?"

Bila tengok terus dia detect dgn color yg tak malu2 nak menampakkan dirinye, aku lagi la kompius.
Gigil2 dlm bilik air.
mintak Asri amekkan henpon then snap.
Bese la.. Typical Malaysian uolz.
Pastu nanges.
Unpredictable. Unsangkarable.
Mmg takde spotting pun.
Cuma simptom2 yg aku rasa:
Keputihan melampau macam period. Tapi aku assume sbb aku eksaited jumpe Asri kot.
Sakit pinggang. Tapi aku rasa sbb dah lame tak pakai heels kot.
Perut cramp melampau sampai aku terpaksa menyerah diri pd gaviscon. Oh itu mungkin sbb tabiat makan yg tak menentu kot.
And aku main lenjan je makan ape yg aku suke.
Minum teh kopi bergelen2 apetah lg air gas.
Not to forget makan nenas!!!

Masa makan gaviscon tu mmg sedih sgt.
Sbb aku lately dah beberapa bulan stop makan ubat2an klinik.
Prefer to amalkan makanan sunnah due to dah muak dgn those ubat2 yg aku makan dari kecik.
Minum minyak zaitun extra virgin due to lose weight/pimples.
Siap beli yoga mat ngan sport shoes hokeyy..

Then, forward this result to Tim, Iiman, Irma (Group AAB29) & Aswa sbb nak double confirm.
Tapi masalahnye Pn. Tim selaku penolong pengarah kanan biro kawalan juga tidak pandai membaca ini result..
Tanya Aswa so dia cakap confirm n suruh pegi klinik.
Pigi klinik masuk tak sampai seminit doktor cakap positive hamil berpa minggu sekian2 which is aku pun boleh kira sendiri.
total need to be paid : RM20.
ok sikit punye berejam tunggu weh...!!!

Bila dah positive hamil ni..
Aku cam terfikir..
Sedih tapi kena kuat utk kejar2 bas.. Kena berdiri bila student ramai. Menapak utk ke fakulti.
Sedih jugak sebab belum pandai lagi nak drive sendiri.
Sedih jugak bila Asri jauh.
Sedih jugak jugak sebab dah tak boleh jadi independent.
And the positive yg aku boleh fikir is..
Mungkin ini indicator utk aku cepat2 abeskan phD kot..
Cepat2 duduk sekali ngan Asri.
Kesian jugak dia ulang-alik tiap2 minggu sampai lebam.
Sekali tengok bini kat Parit Raja dalam comfort zone hari2 tengok Hyun Bin
eh2 dah2 g buat research tu!

Sunday, 25 January 2015

Ajaibnya hati
Semalam duka
Hari ini suka

Ajaibnya hati
Semalam sedih
Hari ini gembira

Ajaibnya hati
Semalam menangis
Hari ini ketawa

Terima kasih ya Allah
Atas kurniaanMu
Terima kasih ya Allah
Untuk suami yg dianugerah

"Suami yg kita pilih itu adalah pasangan terbaik utk kita. Jangan pernah terdetik utk memilih yg lain"

Kunci kebahagiaan rumahtangga adalah persefahaman & kejujuran serta tanggungjawab
Andai kedua2nya tak ada
Maka hancurlah sebuah hubungan

Hailah ajaibnya hati
Semalam benci
Hari ini sayang
Semakin hari semakin sayang
Moga2 hubungan ini diberkati olehNya
Moga2 hubungan ini berpanjangan hendaknya
Moga2 juga hubungan ini kekal sampai syurga

Saturday, 17 January 2015

...

Semuanya mudah
Semuanya indah
Andai sang suami memahami
Andai sang suami memberi semangat
Andai sang suami mencuri sedikit masa utk si isteri
Tapi semuanya jadi payah
Semuanya jadi menyakitkan
Andai sang suami itu hanya berpegang pd "title"nya sahaja
Apalah yg dia tahu apa yg si isteri sedang lalui
Pedih. Jerih. Payah.
Usah berbicara tentang syurga neraka
Andai perananmu tidak dilaksanakan dgn baik
Malah mengharapkan si solehah menjadi serikandi
Andai itu harapanmu
Mengapa menyunting aku yg tidak sesolehah mana?

Tuesday, 21 October 2014

Orang kata lepas kahwin tak payah berkira
Duit kau duit aku duit aku duit kau
Orang kata lepas kahwin mmg kena banyak toleransi kena banyak bertolak-ansur
Orang kata lelaki lepas kahwin mmg akan ada fasa utk dia berubah menjadi lebih dewasa
Dan utk kesemua 'orang kata' tu mmg perempuan lah yg kena banyak berkorban kena banyak makan hati

Aku dan dia..
Baru 3 bulan menjalani kehidupan sbg suami isteri yg sebenar
Ada komitmen ada rumah utk diduduki walaupun hanya hujung minggu

Terkadang nafas terasa sesak membuat itu dan ini
Acapkali juga terpaksa berlagak macho
Padahal dalam hati rasa tak secure
Dalam benak memikirkan apa yg boleh dilakukan utk membantu
Juga apa yg perlu diungkap utk memberi semangat
Padahal hal sendiri juga sudah kusut
Ingin juga meluahkan lelaki rendahkanlah ego kamu utk perempuan ini yg telah berkorban utk kamu
Yang seringkali menangis utk kamu
Mendoakan yg terbaik utk kamu

Acapkali nafas dihela sambil mulut terkumat-kamit mohon kekuatan
Ada juga terkadang sang akal nakal mengatakan
"hidup dgn ibu ayah dulu tak begini"

Sungguh.. aku hanya anak perempuan yg tidak mengerti apa itu susah
Mengadu pada ibu ayah juga tak mampu
Kerana isteri itu perlu menjaga maruah suaminya bukan?

Sesalan itu tidak pernah ada..
Kerna aku menyintainya..dan aku menyayanginya..
Cuma terkadang rasa begitu ampuh dan lemah
Moga2 diberikan kesabaran serta kekuatan untukku.. untuk dia mengharungi cabaran hidup berkeluarga

Saturday, 18 October 2014


Dia call tanpa disuruh
Dia kata rindu tanpa ditanya
Tak tahu nak respons camne
Sebab dalam hati juga rindu yg amat
Sehingga diluahkan oleh air mata
Tapi diri harus kuat
Sebab inilah yg harus dibayar utk sebuah perhubungan
Hamparkan rasa rindu dlm doa
Pohon pada Ilahi moga" dipermudah urusan dikuatkan rasa kasih & dirahmati
Pintaku dialah syurgaku di sini & di sana
Allahurabbi... sungguh.. aku benar" rindu..
Moga" dia di sana baik" sahaja..

Friday, 25 April 2014

Berbicara tentang subjek
Sambil melihat kalendar
Katanya
Usah hirau tentang senggang atau tidak saat itu
Katanya juga
Lupakan seketika tugas hakiki di sini
Apakah dia mengerti
Atau sekadar menguji
Cuba menerangkan
Cuba juga meluahkan
Seringkali muru'ah ini tercalar
Atas perilaku endah tak endahnya

Ya Tuhan
Aku cuma mahu menjadi seorang isteri dambaan dia
Merasa kasihnya dia padaku
Merasa sayangnya dia padaku
Juga merasa manisnya pernikahan itu
Bagaimana lagi harus telusnya lidah seorang perempuan bergelar isteri
Dalam mengucapkan kata2 puitis
Atau perlu saja terus2an menggadaikan muru'ah yg ada
Sebagai seorang perempuan melayu yg penuh dgn sifat malunya

Wahai suamiku
Bagaimana lagi harusku diungkapkan
Apa yg terbuku di hati
Agar kau mengerti
Tangisku acapkali mengiringi
Bersama kesetiaan yg seringkali turut diuji
Saat fizikalmu dekat dgn ku
Aku terasa kau begitu asing
Sehingga sukar utkku menggapai
Apakah hatimu bukan untukku?
Atau aku ini cuma pelengkap acara?
Buat sekeping hati yg pernah terluka ini
Aku cuma mahukan dia
Seorang suami yg mengasihi, menyayangi serta menyintai aku dgn sepenuh hati



Saturday, 8 March 2014



alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
DIA yg memberikan rasa kasih
DIA yg membuahkan rasa sayang
DIA yg menciptakan rasa cinta
dan DIA yg menerbitkan rasa rindu

alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
syukur tidak dapat diungkapkan
atas kurniaan yg tidak terhingga
kerana memberikan dia, sang suami

alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
pernikahan ini bukan suatu pengakhiran
tetapi permulaan juga pelengkap separuh agama
walaupun permulaannya agak terlewat
berbanding 'dia' nun jauh di sana

alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
pintaku moga2 aku dan suami dapat sama2 melayari bahtera kehidupan
serta menggapai cinta yang satu
dan matlamat hakiki yg hanya pada akhirnya
adalah syurgawi yg didamba2kan oleh semua makhluk bernyawa

alhamdulillah..
segala puji bagi 4JJI...
pintaku..pada kalian yg membaca..
doakan kami..yg baik2 saja...
juga pada 'dia'..
saya sudah jumpa.. jiwa saya yg sebelah lagi..
yg menerima saya apa adanya...
yg menyayangi saya apa adanya...

"hati-hati memberi hati
saat hati menangisi
mengapakah hati diberi pd si dia
namun kuasaNYA melangkaui 'alam semesta
rupa-rupanya, dialah pemilik hati
yg ditetapkan menjadi suami sejak azali"





Sunday, 12 January 2014

Less than two months...
We will took the oath...
As a husband and wife...
May our marriage be filled with blessedness...
And do pray for our happiness till jannah..
Aminnn...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 3 December 2013


turn OS la pula ye..
setelah kebosanan kebengangan kemarahan semua pada skema jawapan diskrit yg entah apa2..
tak apalah utk OS ini walaupun tiada skema jawapan..
tapi jenuh juga mahu menyiapkan 8 lab ye..
hailah SJF dan rakan2 serta deadlock..
saya cinta anda

-sekian-

Saturday, 9 November 2013

persetujuan mengenai tarikh akad & majlis resepsi telah ditetapkan
walaupun masih awal, tapi lebih mudah utk sebarang urusan di kemudian hari
walhal halnya juga dengan barang utk dulang hantaran
3 balas 5

dari pihak lelaki:
1- rantai + mahar + wang hantaran
2- al-quran
3- bunga pahar/telur

dari pihak perempuan:
1-
2-
3-
4-
5-

yg ni Asri belum decide lagi. mungkin dia terkejut kenapa tiba2 aku nak 3 dulang je kot..
sebelum2 ni decide nak perfume handbag kasut dan rakan2nya...
memang beria nak..
tapi sejak dua tiga menjak ni..
entah kenapa tiba2 pun berubah fikiran..
tapi tadi telefon mak, mintak persetujuan dia bagi 3 dulang..
dia kata ok.. abah pun kata ok..
tapi mak cuma nak Quran je.. dengan bunga telur..
kek, coklat, buah sume2 tu tak payah..
atas sebab apa tiba2 aku jadi baik hati pun aku tak pasti..
but sometimes, less is more isn't it??

dengan kekangan waktu utk memilih barang2 hantaran lagi....
dengan barang hantaran nak kena gubah sendiri...
nak2 pula tempoh pertunangan disingkatkan..
rather than aku sibuk2 fikir nak beli barang hantaran baik aku fokus pada study
kang dok eksaited sangat nak kahwin, drag study
pastu kena bayar balik duit scholarship yg aku memang plan nak guna buat duit kenduri
ha, naya tak naya tu jah
kan kan kan...
heheheh...

p/s: sederhana itu indah


Monday, 29 July 2013

malam ni menyambil2 tengok Running Man..
ak bukan balik post bertag fadhli
fAdhLi...:tak mo org yg kata2 die melebihi kata2 sy
fAdhLi...:yg nk jd queen control
fAdhLi...:yg mahu di blas ngn duit
fAdhLi...:yg material
fAdhLi...:yg byk kawan laki 
me :abes knp kte bile sy blik nnti kite bncg ??
fAdhLi...:yg gile kat duit 
fAdhLi...:sy tkkn bbncg da
fAdhLi...:tu je point sy
fAdhLi...:sy da takmo blik kat awk da
fAdhLi...:sy da tak pcya awk
me :oo..
fAdhLi...:lgsg tak
tingkahku pada yg baru ini masih sama..
amarahku.. materialistiknya aku.. kenalan lelakinya aku...
masih seperti dulu...
apakah aku tidak belajar dari masa silam atau bagaimana???

namun, jauh di sudut hati aku..
aku sgt2 bersyukur..
kerana dipertemukan aku dgn dia
sang pengganti hati yg telah hilang
sungguh..

permulaan kami dengan satu hubungan yg direstu oleh kedua-dua pihak..
walaupun ada sedikit cabaran pada awalnya..
mungkin ini lebih baik dari bercinta bagai nak rak baru kenalkan pada family masing2..
ya Tuhan..yg menghilangkan kesakitan..
juga yg membuahkan perasaan kasih
dia, lelaki yg menjaga solatnya
dia, lelaki yg menjaga adabnya
dia, lelaki yg menjaga kehormatannya
dan dia, lelaki yg menjaga hubungannya dgn ayah bonda
qul insyaAllah...
aku yakin..
dialah yg akan memimpinku..
dunia akhirat..
juga dlm menuju syurga yg kekal abadi...

p/s: awk..terima kasih krn terima kekurangan saya.. saya sayang awak..







Thursday, 16 May 2013


alhamdulillah....
syukran jazilan ya ustazah..(eh..???)
niat asal cuma ingin membantu
++ tambah knowledge baru..
tapi begini pula jadinya..
what eva pun...

alhamdulillah....
syukran jazilan ya ustazah..(eh..???)
moga2 dimurahkan rezeki..
moga2 dipermudahkan urusan...
moga2 diberikan kesabaran..
dalam meniti tiap permasalahan..
amin ya Rabb...


Tuesday, 19 March 2013

angau itu apa
angau itu bila tiap waktu pun ingat dia

angau itu apa
angau itu bila dalam hati selalu berbunga-bunga cinta

angau itu apa
angau itu bila dalam hati dupdap dupdap ingat dia

angau itu apa
angau itu bila tiap hari pun rasa rindu

angau itu apa
angau itu bila tiap-tiap kali end message pun mesti nak dengar suara

angau itu apa
angau itu bila rasa tak sanggup berpisah bila jumpa

angau itu apa
angau itu bila tiap-tiap hari pun mesej ajak kawen

angau itu apa
angau itu bila dlm hati rasa rindu...
rinduuuu sangaatt...
sampai tak tertahan...

dan utk itu...

dalam sujudku...kudoa..
moga-moga dilabuhkan rindu & kasih ini pada jalan yg diredhai

dalam sujudku...kudoa..
moga-moga hati ini tidak terus alpa dgn rasa ini

dalam sujudku...kudoa..
moga-moga dipermudahkan urusan kami
dalam meraih firdausi..
kerana matlamat kita hanya satu
akhirat yg kekal abadi

p/s: sungguh...aku benar-benar merinduinya..








Wednesday, 6 February 2013

Along pegi LM
Intan & Acut cuti sem
Erny tidur rumah kawan dia (kot)
jadi boleh nangis sepuas2nya...
tahan2 la jugak tapi...
esok ada kelas pepagi kat induk..
harus bangun awal (tapi abc ni..)
sebab kena amek 2 bas..
bas pulak cuti2 sem ni suka men cak2 ikut mood dia..
jd itu juga satu cabaran...
utk mencari sesuap nasi
andai ada rezeki lebih..
bolehla tampung apa yg kurang di kampung.. (ok fine sile nanges hokey)

nak tidur tapi banyak fikir..
entahla..
bila kita bekerja dgn org yg work on duedate..
apa2 pun kena buat lelaju..
iye,,itu positive..
bile kene puji..ye..haruslah senyum tapi..
bila dipuji depan ahli2 lain & mendapat jelingan manja dr mereka..
oh itu sudah tidak bagusssss...
jadi tambah stress ye (sile nanges)
bila asyik terserempak je dgn ahli2 itu, saya harus senyum nampak gigi walaupun saya merasakan aura2 yg tak best

bila bace blog tngok status member @ FB sedih2...frust2..
saya jd turut sedih..nak pamper, saya tak mampu
sbb saya cuma seorang kawan bermuka ketat
nak pujuk tak reti... apatah lg menasihati..
jadi diam & bermuka ketat itu barangkali berkali2 ganda lebih baik bukan?
tp..diam tu bukan bermakna kita tak ambil port bukan?
saya sedih bila anda sedih...
moga2 kebahagiaan menjadi milik anda...
moga2 anda kuat dlm hadapi dugaan & cabaran..
kerana anda kekuatan saya..

bila urusan phD tak settle.. bila sana-sini org push kenapa kerja kata nak fokus
saya cuma boleh jawab,
"phD phD gak..duit pun nak gak..huhu"
tapi..tapi..tapi...andai saja mereka tahu..
betapa rapuhnya aku..
ya Allah..luaskan rezekiku..halalkan rezekiku...
agar aku dapat berbakti kepada keduanya selama mereka masih hidup..
abah..mak..
andai saja aku mampu utk turut membantu...
agar tiada airmata dari keduanya..
andai saja aku mampu memeluk mereka..
andai saja aku mampu menangis di hadapan mereka...
aku perlu kuat...
kerna aku sumber kekuatan mereka..
tempat mereka mengadu nasib..

dah la..
dah nangis teruk dah.
harus fokus utk esok..(padahal kerja kat sebelah buat2 tak nmpk timbunannye)
harus pakai cantik2 supaya nampak muda 
di depan anak2 ikan yg kacak's
sekian 

Wednesday, 16 January 2013

pintaku hanya satu
moga diberikan kekuatan utk yg satu ini
apapun keputusan
moga diberikan kekuatan utk yg satu ini
bagaimanapun lagaknya
moga diberikan kekuatan utk yg satu ini
biar sesesak manapun nafas 
moga diberikan kekuatan utk yg satu ini
walau sesakit manapun kesannya
moga diberikan kekuatan utk yg satu ini

kerana wanita itu kuat bukan?

Friday, 16 November 2012



benar..
hati berdebar-debar..dup dap dup dap..
bila melihat si dia "commented on ... "
walaupun profil facebook disetkan invisible
tapi notification tetap ada bukan..?

sudah 5 hari..
hilang tanpa khabar
menyepi begitu sahaja..
akal mengingatkan bahawa inilah noktah sebuah perhubungan
hati juga turut mengiyakan kenakalan sang akal membuat telahan
sangka hati sudah boleh menerima & pasrah
tapi..kenapa ya..yg dalam ni terasa rindu
doa dipanjatkan..
supaya dialihkan kesibukkanku pada yg lebih berhak...
mungkin inilah yg terbaik..utk kedua-dua belah pihak.

"saya tak bahagia"
"saya perlukan ruang"
barangkali lebih baik berikan dia sebanyak mana ruang yg diperlukan
sebab diri juga sudah letih memberi dan terus memberi
tanpa memikirkan kebahagiaan sendiri
apakah aku salah dlm mentafsir hatinya
acapkali tingkahku membuatnya sesak & berpaling
tak apalah jika hati sakit..
tak apalah jika hati rindu..
tak apalah jika hati sengsara..
asalkan dia bahagia, bukan..?
airmata seringkali mengiringi hati
apakah si dia mengerti
tentang apa yg terbuku di hati
entah mengapa..silent mode nya begitu membebankan nurani

ya Tuhan..sungguh..
apa yg kurasa ini hanyalah fitrah..
fitrah..manakan boleh dibanding dgn ibadah
yg harusku laksanakan dlm meraih syurgaMu
apakah aku terlalu kejam pada diriku jika ku pinta dibekukan hatiku utknya..??



p/s: Qalbu Itu Kan Hati Yang Berbolak-Balik

Thursday, 15 November 2012

Diet Pemakanan Rasulullah :
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU

more info: Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

p/s: lately kesihatan tak berapa ok.. selalu mengah-mengah..jadi perlu menjaga diri..barulah boleh menjadi ibu yg cergas & cerdas..!!

Saturday, 10 November 2012



alhamdulillah..
syukur ya Allah..
atas nikmat yg diberikan..
konvo kali ni perasaannya seolah-olah suatu relief
betullah kata kak Zana,
konvo degree tu satu kebebasan
"ouw, you are a degree holder like others"
tapi..konvo masters tu...satu pencapaian
ye..suatu pencapaian..
setelah bertungkus-lumus..berhempas-pulas..
hurm..words that i said to sist Hamreeza,
"tak sangka kita dah konvo ye"
perasaan...mcm tak percaya...
register masters umur 23, tapi habis umur 26
bangga tak ko wat masters 3 tahun??
within 3 years period..
aku bukan dapat lesen masters je..tp dapat lesen scuba, lesen kete + motor sekali..
ko mampu..??
hahahahaa

permulaan aku menyambung masters dlm jurusan yg sama
bukan kerana diri tidak punya cita2
bukan kerana tidak mendapat kerja
dan bukan juga kerana saja suka2
tapi..
atas dasar memenuhi harapan keluarga
juga mengubati hati yg sedang berduka
serta menjalani proses mematangkan usia

perjalanan yg penuh dgn ranjau berduri
dihiasi gelak tawa rakan seangkatan
bersama titisan manik kristal yg menghiasi pipi gebus
doa dipanjatkan bersama rasa syukur yg tidak terhingga
di permulaan, pertengahan, juga pengakhiran perjalanan meraih ijazah yg kedua ini

rasa syukur dimaknakan...bersama lafaz hamdalah
atas kurniaanMu juga rahmatMu yg tidak terhingga buatku