Sunday 28 December 2014

Asri datang Pt. Raja.
Cuti 4 hari.
Rabu sampai malam.
Ahad sat2 tadi dah balik.
Sengaja aku biarkan dia balik awal.
Sebab sakit hati.
Tak makan tak apa.
Kelibat dia pun tak nampak depan rumah tu.
Tadi nangis lagi.
Hempas pintu lagi.
4 hari ni dah 2kali aku buat perangai.
Sebab frust. Sebab sakit hati.
Masalah rumahtangga memang kena bawak berbincang kan.
Aku dah WhatsApp dia masa kali pertama aku mengamuk utk 4 hari ni.
Aku anggap dia faham apa yg aku nak apa yg aku kurang.
Tapi tadi jadi lagi hal yg sama.
Aku jadi tak tahan dgn sikap dunno seorg lelaki.
Aku menangis sepuas2nya tadi.
LOSER kan aku?
Ada jugak carutan yg menampakkan betapa hodohnya aku tadi keluar.
Tapi tak banyak mcm selalu.
Mungkin perlu ikut cara dia.
Diam membisu seribu bahasa.
Ikut hati aku nak call dia suruh dia balik sini.
Aku nak salam dia peluk dia cium dia.
Dgn harapan dia faham hakikat seorang isteri.
Tapi mungkin aku tak cukup solehah utk seorang suami yg menikahi aku.
Dalam hati rasa sakit. Rasa kecewa yg tak tergambar.
Sudahlah. Selesaikan mana yg dah bermula.
Asri? Simpanlah sayang & kasih utk dia dalam2.
Sekian.

Wednesday 24 December 2014

17/12/2014
tarikh sepatutnya aku abc
tapi delay
aku bercadang nak tunggu seminggu delay baru test
tapi 20/12/2014 aku dah abc
ok fain. sila frust.
terus whatapps Asri yg ada depan rumah
it is just me yg tak tahu nak explain directly
eye to eye
so test kit yg aku beli satu2nya dari bulan 8 hari tu masih belum sempat digunakan
entah ke mana entah menatang tu
sebab kali ni aku macam kononnya yakin la aku pregnant sbb on 3/12/2014 mmg ada spotting pun
di samping perut aku cramp yg aku mmg tak boleh luruskan badan langsung. asal bangun je rasa nak tumbang. minum air putih rasa nak muntah. gosok gigi pun nak muntah
(entah2 sbb gastrik tak?)
ngan tetiba Asri dapat offer kerja Honda..
aku pulak dapat offer mengajar..
memang tetiba aku pun rasa kot2 rejeki baby ke?
group2 mom to be ngan TTC tu mmg dah lama join dah..si Nadz yg dok invite aku masa aku tak pernah terfikir langsung nak ada baby
tapi bila baca2 post kat group, blog...
rasa cam sayu je sbb takde anak lagi
hahaha..
ni pun macam rasa sadis padahal bukannya time pms pun..
boleh berair mata kot
siot je.gurrr.

jauh di sudut sanubari
memujuk hati
mungkin masanya belum benar2 sesuai
untukku & pasangan menjaga amanah itu
barangkali bila keduanya benar2 sudah stabil
barangkali bila kami sudah mula duduk sebumbung seperti pasangan normal
barangkali juga sehingga selesai ijazahku yg satu ini
siapa tahu bukan?
sebagai hambaNya.. kita.. memang benar2 perlu bersangka baik padaNya..


Tuesday 16 December 2014

"kalau orang tu ikhlas, Tuhan akan lorongkan kita utk mengenalinya"
a reminiscence quote from not-so-ordinary friend of mine
someone from my past
rasanya quote ni sudah terlalu lama disimpan di dalam hati
seringkali aku melihat quote ini dalam2
cuma memahami maksud terselindung
cuma utk mengenali
seorang demi seorang
mana tahu kot2 sepadan tulang rusuknya yg ada padaku
mencari dan terus mencari
hingga akhirnya ketemu

7 tahun menantikan kebenaran quote itu
di saat hati benar2 tidak mahu toleh ke belakang
mengenang kisah kasih 7 tahun lepas yg penuh kepincangan
saat dikhitbah juga aku mengiyakan tanpa ragu
walaupun di saat kurangnya sumber kewangan
juga di saat aku sedang berjuang utk memulai ijazah yg satu ini
barangkali hati sudah betul2 bulat
memilihnya menjadi sang suami

orangnya biasa2 saja
tak ada harta
romantik juga tidak
agamanya juga biasa2
bukan ustaz bukan juga lulusan sekolah agama
melainkan lulusan sekolah katolik yg huha2

1-3-2014
saat wali memberikan wakalah
saat akad dilafaz
saat doa dipanjatkan padaNya tanda syukur

terima kasih ya Allah
atas nikmat yg diberikan
terima kasih ya Allah
kerana menyembuhkan luka ini
mungkin inilah yg dikatakan
"kalau orang tu ikhlas, Tuhan akan lorongkan kita utk mengenalinya"