Showing posts with label blur. Show all posts
Showing posts with label blur. Show all posts

Monday, 27 January 2014


oooooo.. boleh rupenyer ye..
apa2 pun kena call dulu lah
takut2 nanti dia tak sediakan borang macam kat sini
hailah malasnye lah nak kena bebel2 itu ini
dengan tunang yg semakin dilihat ditenung semakin meluat
kalau saya tak nak kawen bolehhh???

Tuesday, 3 December 2013


turn OS la pula ye..
setelah kebosanan kebengangan kemarahan semua pada skema jawapan diskrit yg entah apa2..
tak apalah utk OS ini walaupun tiada skema jawapan..
tapi jenuh juga mahu menyiapkan 8 lab ye..
hailah SJF dan rakan2 serta deadlock..
saya cinta anda

-sekian-

Monday, 25 November 2013


gambar: ihsan google

al-kisah di hujung minggu serta cuti umum bagi Johor dan wilayah taklukannya (eh)
maka sementelah pula merajinkan diri menanda tutorial diskrit..
tak sangka pula dapat jadi lab assistant utk subjek ni
sebelum ni dengar2 sahaja budak PGR depan menangis2 tak tahu buat
pengalaman pertama mengajar budak degree IT terus2 ajar diskrit
walhal masa degree dulu memang tak pernah ambil subjek ni
hai apalah segala cacing2 ni
memeningkan kepala
tapi bila ditenung2 direnung2 seakan pernah belajar ketika di matrikulasi dulu
juga ada implement sikit2 masa master
agak leceh sebenarnya sebab kena fahami terms yg ada...
secara tidak langsung menyebabkan tiada progress utk kerja hakiki sendiri
tapi, mana tahu mungkin berguna utk research phd saya nanti..
maka dengan itu, bersangka baiklah dengan kesukaran yg dihadapi...
mudah2an ada jalan..

p/s: let's grad for one last time

Sunday, 3 November 2013

"ok.. kira confirm lah tarikh tu

apa nak jadi, jadilah
memang tarikh tu jugak"

Asri Azhari, 2013

Sunday, 14 July 2013

sambil makan, sambil gurau-gurau kasar bersama yang tersayang

dia: awak nanti duduk kL k.. dengan saya
aku: eh bukan awak nak kerja kat batu pahat ke?
dia: (muke blur) ade ke??
aku: ade la kan?? tak pun awak kt kL saya kt bp ke?? PJJ
dia: taaaakkk.. dah kawen.. kena la duduk sekali.. awak nanti cari kerja kat kL je. duduk dgn saya
aku: hurm... abes tu... saya tak boleh mintak kerja kat itho la??
dia: TAK.
aku: (mencebik) abes saya nak kerja kat mana......
dia: hurm.. ukm ade, um ade, upm ade... dekat2 sini je la... ye SAYANG??
aku:  awakkk... awak igt senang ke nak keje kt tempat2 cmtu???
dia: boleeehhhhhh..
aku: (muncung itik tahap gaban)

sebetulnya...
aku belum bersedia untuk ke kota itu
belum bersedia utk pulang ke tanah kelahiran
tempat pertama aku menguakkan tangis
tempat pertama aku kenal dunia
seboleh2nya aku cuba mengelak dari ke tempat itu
biarlah ke pelosok mana pun..
utara, selatan, timur atau barat
biar ke benua lain sekalipun aku sanggup..
asal buat ke tempat itu
entah ada apa di sana sampai hatiku tidak tercuit utk mencari rezeki di sana..



Wednesday, 8 May 2013


Friday, 5 April 2013

Papa...
Maafkan mama...
Mama x mampu nak bahagiakan papa...
Bile papa keep silent mode utk entah kali ke berapa, mama rase betul2 loser.
Kalau papa bhgia, papa xkn wt cmtu kn?
Papa asyik lari dr mama, hurm...
Maaf..mama x mampu nk jumpa papa...
Maaf maaf maaf

Friday, 29 March 2013

Teaser
- cambajetjeminahnihokey

Monday, 11 March 2013

menangis teresak-esak
maaflah ibu
maaflah ayah
maaflah Asri
ini bukan perkara biasa
mana-mana perempuan juga akan merasakan hal yg sama
andai ia benar-benar terjadi..
saya tidak tahu apa yg harus saya lakukan
selalu tengok kat tv je kan
tapi bila berlaku pada diri sendiri
jantung berdegup sekencang-kencangnya
alhamdulillah...sang akal masih mampu bertindak pantas
andai saja ia berlaku...
pasti... maruah saya turut tercalar..
benar kata orang, kita takkan tahu bagaimana sehingga kita sendiri berada pada tempat org itu..
moga-moga ia menjadi pengajaran & sempadan buat saya
innallaha ma'ana..


p/s: muka baru lepas nangis.. serius 

Sunday, 3 March 2013



entah kenapa jari-jemari begitu lancar menulis mesej buat citrawarna hati
beremosi barangkali bila lihat gambar tunang Erny
juga ditambah pula dgn kondisi semasa mengisi borang, bahagian maklumat ibu bapa
"hes 72..and shes 69"
si ayah & ibu sedang meniti usia tua mereka...
jadi, tidak hairanlah si Ibu seringkali merayu agar aku cepat2 melangsungkan perkahwinan
barangkali mereka tahu yg aku benar2 tak mampu berdiri tanpa mereka..
sedang abg2 & kakak sedang membina kehidupan sendiri...
apalah daya aku utk turut mengganggu...

usai 2 tahun hubungan dibina..
tanpa sebarang ikatan...
walaupun seringan upacara merisik dari pihaknya..
acapkali ditanya, jawapannya berbalik kepada diri sendiri..
katanya biarlah sehingga perjuanganku selesai..
tapi, sayangnya dia tiada di saat emosiku gundah...
di saat aku ingin meluahkan..
di saat aku ingin menangis...
...melepaskan semua egoku..
di saat aku ingin mengadu sedihku..

dia, masih seperti lelaki yg tak pernah rasa apa itu tanggungjawab
walaupun profilnya sebagai anak sulung..
walaupun sudah habis belajar..
walaupun usianya sudah meniti lebih suku abad..
kecewa ini..entah yg ke berapa kali..
barangkali harus membiarkan dia dgn caranya..
berapa kali harus memendam rasa..
utk dia benar-benar berubah...
walhal saat perjalanan phd ini bermula..
aku sudah terasa sesak...
aku sudah terasa sakit...
aku sudah terasa mahu meraung sekuat-kuatnya..
jadi, di mana dia ketika aku memerlukan...??

buat kamu, citrawarna hati..
maaflah andai bahasaku tidak seindah aku yg kau kenali...
maaflah..barangkali aku ini bukan untukmu....
MAAF, DI ATAS KETERLANJURAN DLM BERBICARA...



Monday, 25 February 2013

masuk bilik doctor ditemani nurse
check itu check ini
sambil doctor tengok x-ray
kenampakan muka doctor dgn nurse berkeru-kerut tengok x-ray
doctor: awak pernah sakit apa-apa ke?
aku: tak pernah pulak
nurse: bila awak register ni?
aku: rabu.

doctor dengan nurse macam bincang-bincang sesuatu.
and then they come with simple conclusion
doctor: check up awak ni saya tahan dulu.. utk further diagnosis.
aku: kenape ye doctor?
doctor: nanti kita akan check pd expert lah. tapi bukannya awak tak boleh sambung study taw

isnin..hurm..PKU tak call pon.. maksudnya okay la tu
belum sambung blaja dah ada dugaan
ai Aida, dah tewas sebelum berjuang..??

Saturday, 17 November 2012


kenape nak kene like....
alahai hati..
janganlah macam nie...
nanges kang
(bukan dah nanges dah ke?)

Friday, 16 November 2012



benar..
hati berdebar-debar..dup dap dup dap..
bila melihat si dia "commented on ... "
walaupun profil facebook disetkan invisible
tapi notification tetap ada bukan..?

sudah 5 hari..
hilang tanpa khabar
menyepi begitu sahaja..
akal mengingatkan bahawa inilah noktah sebuah perhubungan
hati juga turut mengiyakan kenakalan sang akal membuat telahan
sangka hati sudah boleh menerima & pasrah
tapi..kenapa ya..yg dalam ni terasa rindu
doa dipanjatkan..
supaya dialihkan kesibukkanku pada yg lebih berhak...
mungkin inilah yg terbaik..utk kedua-dua belah pihak.

"saya tak bahagia"
"saya perlukan ruang"
barangkali lebih baik berikan dia sebanyak mana ruang yg diperlukan
sebab diri juga sudah letih memberi dan terus memberi
tanpa memikirkan kebahagiaan sendiri
apakah aku salah dlm mentafsir hatinya
acapkali tingkahku membuatnya sesak & berpaling
tak apalah jika hati sakit..
tak apalah jika hati rindu..
tak apalah jika hati sengsara..
asalkan dia bahagia, bukan..?
airmata seringkali mengiringi hati
apakah si dia mengerti
tentang apa yg terbuku di hati
entah mengapa..silent mode nya begitu membebankan nurani

ya Tuhan..sungguh..
apa yg kurasa ini hanyalah fitrah..
fitrah..manakan boleh dibanding dgn ibadah
yg harusku laksanakan dlm meraih syurgaMu
apakah aku terlalu kejam pada diriku jika ku pinta dibekukan hatiku utknya..??



p/s: Qalbu Itu Kan Hati Yang Berbolak-Balik

Wednesday, 19 September 2012

umpama retak menanti belah
entah bagaimana harus diterjemahkan
perasaan yg bersarang di hati
sayang itu masih ada
malah tidak pernah berkurang
entah di mana silapnya
semakin cuba untuk memahami
semakin menemui jalan buntu
entah di mana kurangnya
diri merasakan tidak dihargai
apakah keikhlasan itu tidak pernah turut serta
bersama ikatan yg dibina
sedang usia perhubungan semakin meningkat
semakin cuba untuk mengerti
semakin keserasian itu lari jauh
rindu. sayang. cinta. kasih.
terlalu banyak perasaan untuk diungkapkan
tapi apalah gunakan kalau hanya dari satu pihak
umpama bertepuk sebelah tangan
manakan berbunyi
apakah ini dugaan dan ujian
atau sememangnya tidak tertulis jodoh kami di atas sana


p/s: ya Tuhanku, aku hanya ingin menyempurnakan agamaMu...

Saturday, 8 September 2012


Uzair nama diberi
tak pasti kenape Uzair & bknnye Zulkhairi seperti nama arwah abangnya
perasaan..??
yg negatif pastilah menguasai yg positif
barangkali mungkin sebab diri belum punya apa2
kekasih hati?
barangkali juga tak bermaksud memperisterikan
cinta itu kadangkala memang kejam kan
buat sang mantan
tahniah di atas kelahiran permata hati, buah cinta kalian
sungguh, aku tidak mampu utk menafikan
dialah Cinta Ilahi yg pernah kau katakan

ya Tuhanku..

sesungguhnya aku beriman dg rukun imanMu..
maka Kau peliharalah hati ini

p/s:  jodoh itukan rahsia Allah ^_^





Wednesday, 18 July 2012


helaian demi helaian
hurm..
susah juga ya menanda kertas ni
bermacam-macam jawapan
alahai..pitam dibuatnya...
pulak tu sat2 tadi bertikam keyboard dgn Asri Azhari
lagi lah rasa nak bagi markah 0 je kat budak2 ni
tambah2 lagi, ada budak datang hantar lab report tak cam muka tukang tanda kertas ni ha
oh lain ek muka make-up dgn muka tak make-up..??
tak marah pun..
sebab dah biasa orang cakap muka real tak seindah mana pun kan
so, tak kisahlah
cuma kadang2 tu ada jugalah galau di hati..
hurm..

Friday, 29 June 2012

JUMAAT
hari Nabi Adam A.S. diciptakan
hari Nabi Adam A.S.dimasukkan ke dalam syurga
juga hari Nabi Adam A.S.dikeluarkan dari syurga
dan juga hari berlakunya kiamat

JUMAAT
hari aku dapat tesis yg dah dijilid
hari di mana aku boleh dikira graduate
selepas melalui perjalanan master yg terasa begitu melelahkan
suka duka tawa riang dlm menongkah hidup bergelar student
dan mengisi yg dalam ini dgn perkataan "sabar"
alhamdulillah syukur ya Allah.. atas anugerah ini


JUMAAT
hari aku dapat satu berita
"awk, Farid Irfan dah meninggal pukul 7 lebih td"
entah.tak tahu nak reply apa pada dia..
cuba mencari perkataan yg sesuai
lama juga ambil masa menyusun bait2 kata
agar tidak sampai menyinggung
sebabnya...saat pertama berita tentang kesihatan si kecil itu dikhabarkan
hati seakan berbisik, "budak ni tak lama"
barangkali agak keterlaluan membuat telahan seperti itu
tapi dgn 4 kali operation usus dan jangkitan kuman pada darah
mungkin, lebih baik melepaskan..
dari membiarkannya terus2an ditujah jarum & wayar2 
hailah..si kecil itu tidak tahu bagaimana harus mengaduh..
perasan sekarang bercampur baur
tak pasti sama ada perlu happy atau sedih
happy sebab dah nak submit tesis, dah nak habis belajar
sedih sebab tak berkesempatan pun nak jumpa si kecil
dua kali dtg kL, tapi tak berkesempatan..
hurm..ralit barangkali

JUMAAT
hari Farid Irfan meninggalkan kami
meninggalkan dunia yg penuh kefasiqan..
demi meraih syurgaMu 
dan menjadi wasilah buat papa & mama
dalam menggapai syurgaMu
buat adinda Wanie & suami, serta keluarga Asri
belasungkawa di atas pemergian si kecil
insyaAllah, Allah akan gantikan Farid Irfan dgn yg lebih baik..
la tahzan..innallaha ma'ana


Friday, 13 April 2012

untuk aktiviti makan-makan yg lebih mencabar, sila klik pautan ye

suatu pagi sabtu
di kala semua housemate sdg ketiduran
dan saya di sini sdg kelaparan tahap gaban
maka, bermulalah skill seorang Aida memasak ala2 chef amatur
lai3x mari kita lihat

dari atas

dari sisi

with black coffee

zoom in the mug
ehh..??
to anonymous, thanksalot (macam lancelot pulok.huhu)
cantik mug tu
unexpected delivery pulak tu
anda mmg baik..
sgt baik
selalu jd teman sy bila sy memerlukan
selalu jd proof reader saya
selalu bg idea bout research
selalu bg nasihat pd sy
tapi sayang..
saya telah memilih dia... bukan kamu..
padahal kamulah yg hadir saat hati saya terguris krn dia
padahal kamulah yg byk menasihati saya
cinta itu memang begitu
maaf maaf maaf


Monday, 6 February 2012

salam dari hati ke hati
(tiru Zana Ahmad)
today, I would like to share my experience during viva voce la vida loca
huhu..bajet la kau minah

salam dari hati ke hati
masa open session seriously aku sangat2 tak satisfy
di samping cik Angelic Aida yg gagap tak sangka
tersyasyul2 nyebut omputeh
text yg kuar dari mulut aku bukan dari otak mahupun hati
mungkin secara zahiriah tampak lancar
tapi bila ia tidak dari hati
apakah kepuasan itu masih ada?
wajhi yg nampak naw serabutnye la hai ekau
napo jang?
hambek kau melaka ado, negeri sembilan ado
19 minutes ++ during open session
selain Q & A yg kelihatan seperti membaca text
seriously, muka den memang nampak penuh
tapi baguslah jugak kan...
nampak la yg aku ni buat neural network kan..
kalau tak serabut, tak dak la elemen neurat net di situ
hah dah melalut la.

masa close session pulak..
berdebar2..sebabnya..ni lah masa sebenar kite dinilai..
2 1/2 hours..+- la kan..
page by page
terlalu banyak komen sampaikan aku sendiri tak leh nak defend apa yg aku buat
apa guna publish paper kalau thesis pun aku tak leh nak defend
dalam kol 12 camtu, baru la sampai chapter 5
masuk utk close session td area kol 10++
i'm getting damn nervous when the examiner said,
 "saya tak nampak mana contribution utk 2nd & 3rd objektif awak"
disertai dgn muke dia yg nampak cam tesis aku tu cam budak diploma punyer tesis
bila sebut pasal objektif, aku memang dah bayang yg aku failed dah
ye la..cam psm kan..klu tak mencapai objektif, memang failed la kan
masa tu memang terbayang2 yg Prof. Mus gitau aku masa aku tanya ada tak budak yg failed masa viva
Prof kate ade, ayatnyer lebih kurang mcm ni,
"unfortunately, you're disqualified to receive this degree"
serious..aku memang dah terfikir benda yg sama jadi kat aku bila panel minta aku keluar utk diorang discuss ttg status master aku
after a while, aku dipanggil masuk
dgn longlainye langkah diatur..
mcm ketam jln bengkang-bengkok..
the chairperson, Dr. Rathiah Hashim yg bg result kat aku
"tahniah, awak lulus.."
"major correction, 3 bulan"
still blur.tak tahu nak cakap ape..
bila tengok balik tesis, tak banyak pun..
cuma mungkin stress kt dalam tu..
perasaan aku pd ketika itu..(ketika itu wehhh!!)
boleh tak kalau sy tak nak sambung phd?


Monday, 30 May 2011

sungguh..aku benar2 tak mampu utk berselindung ttg betapa gelojaknya perasaan..
berdenyut nyut nyut kepala bila memikirkan..
kuluahkan segala yg terbuku..
mohon penjelasan..
andai hati ini ingin dipermainkan..
maka kupohon lepaskan saja....
agar hati ini tak terus tercedera..
entah berapa kali ku urut dada sambil bertasbih memohon kekuatan..
agar tidak mengeluarkan kata2 nista
yg boleh menampakkan betapa hodohnya seorg perempuan
kutinggalkan segalanya demi dia..
tapi, apakah pilihanku kali itu salah lagi...
bilamana setiap persoalanku dijawab acuh tak acuh..
menggeletar tubuh menahan sedu
entah mengapa begitu terjahnya aku pd dia..

"Awk tau x yg sy btul2 amik masa utk tnya soalan 2 kat awk.itu btul2 mmrlukan usaha yg besar bg sy.mmg sy nekad tnya time 2..sy x expect pun yg awk trima sy..sy tau awk bole n berhak dpt org yg lg baik dr sy"

"Awk pegi cari laki lain.yg btul2 nkkan awk"


blur..sangattt blurrrr..
apakah ini pengakhiran sebuah kisah?
atau satu permulaan bg penghadapan yg lebih ampuh?
maaf..maaf buat kamu..
kerana aku hanya inginkan kepastian..
apakah si dia yg satu lg masih berada di hati..
apakah aku ini hanya dianggap pengganti..
maaf..maaf sekali lagi..
kerana keraguan itu sering dtg bertamu..