Friday 29 June 2012

JUMAAT
hari Nabi Adam A.S. diciptakan
hari Nabi Adam A.S.dimasukkan ke dalam syurga
juga hari Nabi Adam A.S.dikeluarkan dari syurga
dan juga hari berlakunya kiamat

JUMAAT
hari aku dapat tesis yg dah dijilid
hari di mana aku boleh dikira graduate
selepas melalui perjalanan master yg terasa begitu melelahkan
suka duka tawa riang dlm menongkah hidup bergelar student
dan mengisi yg dalam ini dgn perkataan "sabar"
alhamdulillah syukur ya Allah.. atas anugerah ini


JUMAAT
hari aku dapat satu berita
"awk, Farid Irfan dah meninggal pukul 7 lebih td"
entah.tak tahu nak reply apa pada dia..
cuba mencari perkataan yg sesuai
lama juga ambil masa menyusun bait2 kata
agar tidak sampai menyinggung
sebabnya...saat pertama berita tentang kesihatan si kecil itu dikhabarkan
hati seakan berbisik, "budak ni tak lama"
barangkali agak keterlaluan membuat telahan seperti itu
tapi dgn 4 kali operation usus dan jangkitan kuman pada darah
mungkin, lebih baik melepaskan..
dari membiarkannya terus2an ditujah jarum & wayar2 
hailah..si kecil itu tidak tahu bagaimana harus mengaduh..
perasan sekarang bercampur baur
tak pasti sama ada perlu happy atau sedih
happy sebab dah nak submit tesis, dah nak habis belajar
sedih sebab tak berkesempatan pun nak jumpa si kecil
dua kali dtg kL, tapi tak berkesempatan..
hurm..ralit barangkali

JUMAAT
hari Farid Irfan meninggalkan kami
meninggalkan dunia yg penuh kefasiqan..
demi meraih syurgaMu 
dan menjadi wasilah buat papa & mama
dalam menggapai syurgaMu
buat adinda Wanie & suami, serta keluarga Asri
belasungkawa di atas pemergian si kecil
insyaAllah, Allah akan gantikan Farid Irfan dgn yg lebih baik..
la tahzan..innallaha ma'ana


1 criticS:

nur easy said...

alhamdulillah.. selesai dah perjuangan y itu.

al-fatihah, buat insan kecil ahli syurga dgn redha org tuanya..