Saturday 16 October 2010


bagaimana harus aku terjemahkan..
segala WH question yg berlegar dalam kepala hotakku.
tentang fitrah semulajadi insani.
tentang hati & perasaan..

sekali lagi aku menekankan..
bahawa bukan sesuatu yg bombastic yg aku inginkan..
tetapi sesuatu yg bersesuaian & memenuhi syarat mereka yg melahirkan aku..

tetapi..
mengapa perlu aku dihampiri oleh mereka-mereka dari kawasan itu..
lepas satu, yg lain pula..
tetap dari tempat itu..

maaflah..
bukan aku sengaja menolak..
tapi sungguh..
aku tak sanggup meletakkan cinta & hati aku utk sesuatu yg menjadikan aku sbg anak derhaka.
walaupun kadang terlintas di benak..
mengapa perlu mereka..
yg tidak menepati syarat sang ibunda...
walaupun kadang hati memberontak..
bukan aku sengaja utk bertaaruf dgn mereka..
mungkin pasanganku kelak orang sana juga nanti?
andai itu satu ketentuan....
apakah aku akan bahagia..?

"mak memang tak suka Eda dgn Syed dulu.."

sungguh..hati aku benar-benar terguris..
kerana proses penyembuhan itu terlalu lama..
namun..
apakah aku sbg anak layak utk berasa terluka..??
kebahagiaan itu..
adalah bila mereka di sampingku juga turut bahagia..
lahirnya aku adalah utk membahagiakan mereka..
apalah dunia ini jika dibandingkan dgn dunia yg satu lagi..
aku hanyalah insan yg punya khilaf..
ye..aku hanya perlu redha..

menekan keyboard sambil sedu-sedan..
menahan lelehan hingus (oh tidakk..)
utk membiarkan perkara yg sama terjadi..
umpama aku meletakkan diri di dalam bara..
tinggal menunggu utk oksigen yg cukup utk melakukan combustion..

CH4 + 2 O2 → CO2 + 2 H2O + tenaga
jadi utk itu..
duhai sang putri..
hati-hati dalam memberi hati..
kerana ia hanya untuk yg mengerti..
betapa bernilainya sekeping hati...
tapi perlukan pastikan..
hati itu tak menjadikan hati yg lain turut terhenti berfungsi..




0 criticS: