Sunday, 31 October 2010

betapa pentingnya ilmu utk diterapkan ke dalam jiwa setiap insan yg bernyawa..
bukan hendak mempertikai tentang ilmu yg ada..
cuma kadang-kadang bisa buat aku tersenyum sendiri..
terasa macam deja vu..
agaknya perempuan memang begini..
bila lelaki yg disukai kelihatannya mesra-mesra sikit dgn perempuan lain..
jadi macam nak bergaduh pulak..
tapi akhirnya diri sendiri yg malu..
mungkin perlu mbuat sedikit research sebelum melontarkan sebarang kata..
*sigh*


Thursday, 28 October 2010



"kenapa delete akaun facebook..??"

persoalan itu..
jawapan sangat mudah..
tapi sayangnya sy hanya mampu tersenyum..
bukan tak mahu berterus-terang..
cuma terasa malu.
bilamana tuan empunya diri yg bertanya..

"ye..sebab sy dah jumpe soulmate sy "
"sebab sy tak nak tengok komen bukan2 pada page dia"
"sebab sy rase jeles bila tengok komen2 tu sume"
"sebab sy rasa sakiiiitttt hati walaupun itu hanyalah masa lalu dia"
"sebab sy nak tumpukan pd dia sorang saje"
"sebab sy nak setia pd dia sorang sahajaaa.."

ye...walaupun dia tak ada dlm senarai 10 ciri-ciri pilihan..

hati-hati dalam memberi hati
tak jemu-jemu sy mengingatkan diri sendiri..

ku mohon padaMu ya Rabb..
seandainya dia untukku..
Kau satukanlah hati-hati kami..
Kau lorongkanlah kami jalan-jalan menuju sirna..
Kau lindungilah kami 
Kau peliharalah iman kami
janganlah Kau jadikan hati-hati kami hati yg terlalu asyik..
dalam merasai fitrah ini ya Allah..
seandainya dia bukan khalifahku ya Allah..
maka Kau jauhkanlah hati-hati ini dari bertaut..
dan terus-terusan menyakitinya..
dan Kau redhakanlah kami...
bahawa ada yg terbaik menanti...
amiinnn..


dan jangan pula kerana bercinta 
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

Sunday, 24 October 2010

mungkin orang sekarang ni lebih gemar berterus-terang agaknya...
dan kadang-kala saya begitu..
mereka tetap mereka..
fitrahnya memang begitu..
terpulang pada hati untuk bulat-bulat percaya..
atau membuat sedikit research..
harus ingat satu perkara yg dikatakan oleh seorang mereka juga..

"kita dah tak semakin hijau..
walaupun hijau itu sejuk mata memandang.."

oleh itu..
saya perlu cool..
dan sabar juga..
supaya tak cepat melatah..
supaya tak cepat membuat keputusan..
saya bukan takut utk memilih..
tapi saya takut kalau-kalau saya tak bisa membahagiakan..
dan saya juga takut kalau-kalau saya akan memandu mereka ke saqar
memiliki banyak hati bukanlah sesuatu utk dibanggakan..
melainkan sesuatu yg hina..

sungguh..
saya jelik bila mereka-mereka itu memberikan pujian yg entah apa-apa..
pujian yg terkadang buat saya lupa ttg hakikat kejadian..
yg kadang-kala menjadikan saya begitu hina..
jadi..apakah saya perlu berbangga atas sesuatu yg hina..??
sedang hati sendiri masih belum mampu dididik..
supaya bisa tersentuh tatkala mendengar ayat dari langit..
apakah bisa utk saya mendidik hati yg lain pula..??
seperti ketam mengajar anaknya berjalan barangkali..

wahai mereka-mereka di luar sana..
maaf..saya masih belum mampu utk memberikan hati buat kalian..
bukan kerna tak ada yg bisa buat jantung ini berdegup kencang..
tapi kerna hati saya ini telah dimiliki..
oleh insan yg menyintai saya seikhlasnya..
dan seharusnya saya membalas cinta yg mereka berikan..
kerna bahagia itu milik mereka...



Friday, 22 October 2010

hari ni aku ym ngan seorang junior..tak lame pun..
cuma akhir kalam (keyboard sebenarnye) tu dia tulis gini..
"Lgpon nk kne jge ikhtilat, Kte kn bkn muhrim"

sebab aku tak tahu apa maksud ikhtilat, jadi seperti biasa..
dr. google lah yg membantu aku..

ni maksud dia..
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh dikahwini). Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. 
dush3x..kan dah kene...
padahal aku yg start dulu..
aku lu yg ckp "hendaklah kamu menundukkan pandangan.."
last2 aku lak yg kene tarbiah..
kene gedebuk sekali..

tapi bukan itu yg aku kisahkan...
tapi sebab dia itu orang yg usianya muda 3 tahun dari aku..
dan juga merupakan pelajar dari sekolah dekat-dekat sekolah aku di mana aku mendapat bunga ketika hari kantin sekolah tersebut (perlu ke tulis gini??)
sekolah mane lagi kalau bukan la salle..
tiba-tiba pun rasa mahu mentazkirahkan diri sendiri..
"siapa kita pada permulaan bukanlah penentu siapa kita pada pengakhirannya"

sebelum-sebelum ini pun aku cam pernah je kene basuh ngan dia..
"akak kan perempuan..kena la lembut-lembut sikit.."

kasarkah aku??
pada hari yg lain pula, dia kata aku begini
"nak saya jujur ke?akak memang gedik"

ah sudah..
atau mungkin aku ni terlalu sensitif..
sensitif itu juga penting apa..
supaya kita sentiasa beringat..
supaya kita sentiasa berwaspada terhadap pandangan orang..
supaya kita dapat memperbaiki diri dalam mencari redhaNYA..

tulis banyak-banyak pun..
kalau aku tak buat macam yg aku tulis..
tak guna juga..

"Sesungguhnya kemurkaan besar di sisi Allah bagi orang yang memperkatakan sesuatu yang tidak diperbuatnya"


mana-mana yg boleh dielakkan..elakkan..
kerana kadang-kadang bisa mengundang 1001 fitnah..
nak2 akhir-akhir zaman ni..


merendahlah, 
janganlah seperti asap,
yang mengangkat diri tinggi di langit, 
padahal dirinya rendah hina
(sang murabbi)



Thursday, 21 October 2010

kadang-kadang..
ada benda yg buat kita tersenyum..
tanpa sedar..
kadang-kadang..
perselisihan faham itu penting..
supaya hubungan bertambah erat..
walaupun masing-masing jual mahal..
masing-masing bo lyn utk mengucapkan kata-kata maaf..
kadang-kadang..
bila kita tgh geram cam nak bunuh orang, kerat 14, bakar orang hidup-hidup..
sedikit kata-kata pun sebenarnya dah cukup buat kite happy..

gaduh-gaduh tu perkara biasa..
sedangkan lidah lagi tergigit..
ni kan pula suami-isteri adik-beradik..
buat 3 org budak sepet ini..
terima kasih kerana menceriakan hari saya..
dan buat saya tersenyum..
saya sayang anda semua.
*wink*


Monday, 18 October 2010

kadang-kadang bila kita baik dgn orang..
kita rasa kita dah rapat dgn orang tu..
macam keluarga kita sendiri..

bila orang tu tiba-tiba je kata sesuatu..
di luar jangkaan kita..
bila dia kata sesuatu ttg kita..
rasa macam hape je kan..
rasa cam nak sepak pun ada..
kerana..
sesungguhnya..
saya bersangka baik pd dia..
tapi saya memang tak sangka yg dia akan kata macam tu pada saya..

ye..memang saya kata saya tak kisah..
ye..memang saya kata saya tak ambil peduli...
tapi sebenarnya saya sangaaaaaaattt terasa...
saya bukan sengaja nak bertindak begitu pada kamu..
sebabnya itu memang diri saya..
memang diri saya yg asal..
apa kamu fikir saya tak pernah cuba utk berubah..??
saya sangat sedih juge...
kamu buat saya rasa nak balik kampung sekarang jugak.
kalau boleh, saya tak nak dah tengok muka kamu.

jadi oleh itu..

kamu jangan harap saya nak tegur-tegur kamu lagi..
jangan harap saya nak bergurau-gurau dengan kamu lagi OK!!??








Saturday, 16 October 2010


bagaimana harus aku terjemahkan..
segala WH question yg berlegar dalam kepala hotakku.
tentang fitrah semulajadi insani.
tentang hati & perasaan..

sekali lagi aku menekankan..
bahawa bukan sesuatu yg bombastic yg aku inginkan..
tetapi sesuatu yg bersesuaian & memenuhi syarat mereka yg melahirkan aku..

tetapi..
mengapa perlu aku dihampiri oleh mereka-mereka dari kawasan itu..
lepas satu, yg lain pula..
tetap dari tempat itu..

maaflah..
bukan aku sengaja menolak..
tapi sungguh..
aku tak sanggup meletakkan cinta & hati aku utk sesuatu yg menjadikan aku sbg anak derhaka.
walaupun kadang terlintas di benak..
mengapa perlu mereka..
yg tidak menepati syarat sang ibunda...
walaupun kadang hati memberontak..
bukan aku sengaja utk bertaaruf dgn mereka..
mungkin pasanganku kelak orang sana juga nanti?
andai itu satu ketentuan....
apakah aku akan bahagia..?

"mak memang tak suka Eda dgn Syed dulu.."

sungguh..hati aku benar-benar terguris..
kerana proses penyembuhan itu terlalu lama..
namun..
apakah aku sbg anak layak utk berasa terluka..??
kebahagiaan itu..
adalah bila mereka di sampingku juga turut bahagia..
lahirnya aku adalah utk membahagiakan mereka..
apalah dunia ini jika dibandingkan dgn dunia yg satu lagi..
aku hanyalah insan yg punya khilaf..
ye..aku hanya perlu redha..

menekan keyboard sambil sedu-sedan..
menahan lelehan hingus (oh tidakk..)
utk membiarkan perkara yg sama terjadi..
umpama aku meletakkan diri di dalam bara..
tinggal menunggu utk oksigen yg cukup utk melakukan combustion..

CH4 + 2 O2 → CO2 + 2 H2O + tenaga
jadi utk itu..
duhai sang putri..
hati-hati dalam memberi hati..
kerana ia hanya untuk yg mengerti..
betapa bernilainya sekeping hati...
tapi perlukan pastikan..
hati itu tak menjadikan hati yg lain turut terhenti berfungsi..




Wednesday, 13 October 2010

i just go thru this blog

memang lah..
dia begini dari dulu lagi..
cuma kadang-kadang apa yg diperkatakan tu tak seperti apa yg dilakukan..
telahan aku..
tiap-tiap apa yg ditulis ini hanyalah sesuatu yg di'copy-paste' dari mana-mana sumber..
bila baca artikel-artikel dalam blog ni..
sampai ayat kat bawah ni

hurm..pastilah sedikit sebanyak hati aku tersentak..
ohhh..dia wat research jugak rupanya..
memanglah manusia itu sentiasa perlukan perubahan..

dari jahil kpd berilmu, 
dari keanak-anakan menjadi lebih dewasa..
dari seorang yg bersifat amarah kpd seorang yg lebih byk bsabar..
cuma kadang-kadang perubahan tu terjadi bila kita dah jatuh terjelepok..
sampai jatuh tersungkur..
haruslah begitu kan..??
kalau tak, takkan sedar sampai bila-bila.
omputeh kata, "better late than never"..

dia dah semakin matang..
perubahan yg dilakukan itu..
biarkan bukan utk aku..
tapi sekurang-kurangnya boleh dipraktikkan utk cik tunang..
utk aku plak..
apa ek perubahan yg aku dah lakukan..??
ye...aku menjadi lebih berhati-hati barangkali..
takut sebenarnya..
kalau-kalau nanti frust menonggeng lagi..
tak pasal-pasal tertonggeng.hoho.
tibe-tibe pun nak upload gamba syed.bley tak?

ini gambar aku amek dr fb dia
aku tak simpan dah mende2 gini (ape sebenarnya)
gamba latest dia (kot)..
atas apa yg terjadi..
memang aku & dia masih boleh membuat pilihan, bukan..??
hahahaah..sudahlah




Tuesday, 5 October 2010

i had a short conversation with my colleague, cik eima yg bermata dalam itu
(oh yunk, if u bace ni msti u kutuk mata i sepet)
di mana conversation itu berlaku di bilik pengajian siswazah II iaitu bilik baru kami ye.
diulang..bilik baru kami.
oh ku terpaksa meninggalkan smc yg disayangi..sob sob sob..

seperti biasa..
sembang-sembang kasar...
tentang diri masing-masing..
tentang aku..??
tentang nazar yg aku buat..
nazar utk sesuatu yg benar-benar kite nak..
x salah kan??
wokeh!panjang na mukadimah nyer la hai...
citer2 pasal aku dan dia..
kisah cinta kami yg tak kesampaian itu
(poyo giler ayat)

tentang nazar kedua yg aku buat masa tu..
di mana harapan menjadi kenyataan..
dan aku membawa bersama hati yg lara ke tmpt yg jauh dr segala-galanya..
(ni sekali lg ayat poyo aku)
betapa sukarnya utk aku hidup di tempat orang..
namun atas harapan yg menjadi kenyataan itu..
perlulah aku lalui dgn mata hati yg terbuka luas..
"saya rase, awak mesti dapat kejayaan, sbb awak begitu susah utk lupakan syed"


thank cik eima sbb bg sokongan moral kt saye.
seriously..pretty bad to forget him..
apetah lg utk membuang dia jauh2 dr hidup aku..
tu lah penangan cinta kan??
aku sendiri tak expect yg aku boleh jadi sebegini gila.

last week, aku memboloskan diri ke terengganu.
dengan kak ham, cik eima & kak zana..
utk attend 1 walimah di sana..
malam sebelum pegi tu aku kol mak.
mntk permission..
as usual..
haruslah mak aku tak kasi aku pegi kan..
haram bagiku utk menjejakkan kaki ke t'ganu..
sbbnye, dia takut aku akan jumpe syed kat sane..
takut aku akan kembali mcm dulu..
takut anak dia sakit hati barangkali..??
bila dah matikan telefon, tak sampai 5 minit, mak kol aku balik..
dia kate, abah aku kasi permission pegi sana
seyes...aku cam tak caye je.
bila abah kasi aku pegi..
mungkin dia rasa aku dah cukup dewasa utk menghadapi segala-segalanya..
terima kasih abah.

sampai kt t'ganu..
sangat2 tak menyangka..
walimah tu kt daerah marang..
haruslah akan lalu di tempat2 yg kami penah dating lu kan..
sabtu tu plak g tuwon KT..
jalan2 g pasar payang @ all that..
sungguh, aku HANYA teringat segala kisah-kisah
tanpa mengalirkan air mata ataupun berasa sayu..
nombor syed memang ada lagiaku simpan..
tapi tak terhulur pun jari aku nk mendail nombor dia..
abah ngn mak bergilir-gilir kol aku..
tanya kaba..
diorang tak cakap, tapi aku pasti..
derang risau kalau2 aku jupe syed..
aku plak bg ayat power kt derang
"kun fa ya kun"


ahad pulak..jalan2 lagi..
yg pasti, hari tu hari kerja kan..
kalau nk diikutkan..
aku boleh je pegi ofis syed..
jupe dia..
wat surprise kan??
but seriously, aku tak ingat lgsung dia ngaja kt kolej mane..
dok refresh2 otak pun mmg tak ingat langsung

mungkin..Allah dah lunturkan perasaan aku buat dia kan..
ingatan tu masih ada lagi..
cuma..as time goes by..
perasaan tu sedikit demi sedikit makin hilang..
langkah aku ke t'ganu tu telah membantu aku utk menghadapi kenyataan..
yg dia bukan lg milik aku..
alhamdulillah..
lepas pegi balik tempat2 mse tgh syok2 berchenta lu..
aku rase aku dah bley move-on
rasenye la..
cuma..
aku mengambil masa yg terlalu lama utk meninggalkan dia & kisah kami.
dan melepaskan mereka-mereka yg lebih berhak menerima cintaku.

~aku & pengantin @ ajil, terengganu~