diskusi telah dilakukan
biarpun dlm keadaan serba-serbi tak kena
biarpun dlm keadaan kacau-bilau
biarpun ada galau di hati
masing2 hendak menegakkan pendapat sendiri
masing2 hendak menangkan ego sendiri
barangkali tuturku agak kasar ketika menasihati
bukan tidak boleh berbicara dgn hemah
barangkali juga terlalu beremosi
sedih kerana tidak mampu utk memahami
apa yg difikirkannya
sedih kerana tidak mampu utk mengerti
apa yg tersirat di benaknya
sedih juga, kerana tidak mampu utk menuruti
apa yg dimahukannya
bukan niat utk menghina
bukan niat juga utk mengherdik
melainkan sekadar memberitahu & mengingatkan
bahawa tingkahlaku & perilaku itu salah
salah krn akan menjadi absab jatuhnya maruah keluarga
baik dari sebelah sana mahupun sini
sayangku..
melayu itu memang penuh dgn adat..
krn adat itulah yg membentuk adab
tanpa adat, di manakah kesopanan itu diletakkan?
tanpa adat juga, di manakah maruah itu diletakkan?
maruah itu bukan utk dipjiak
melainkan utk dijunjung & disanjung
sayangku..
andai itu yg kau katakan barakah
di manakah barakahnya jika maruah keluarga harus digadaikan?
di manakah barakahnya jika keluarga perlu menanggung malu?
apakah masih ada redha buat seorang anak?
apakah masih ada kebahagiaan buat seorang anak?
apakah masih ada syurga buat seorang anak?
hati bagai diretap
apakah perlu istikharah
sedang diri belum cukup ampuh utk menerima hakikat
atau perlu solatu hajat
mohon diberikan kekuatan
dlm membuat pilihan
mohon diberikan ketenangan
p/s: beriman itu tidak boleh pd suatu aspek shj, lihat juga aspek lain
0 criticS:
Post a Comment