Thursday 25 November 2010


kita ingin menutup aurat kita
cara berjalan kita
kerana cara berjalan juga aurat
kita ingin menutup aurat kita
cara bercakap kita
kerana cara bercakap juga aurat
adakah suara itu aurat?
tidak..
tetapi suara yang dilenggok-lenggokkan itu aurat

~soal Asyraf [Astro Oasis]~

Hakikat tudung itu adalah perlindungan zahir batin..
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yg bukan mahram kamu
(jd haruslah sy x pakai spec wlupun rabun kan??huhu)
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang & bercakap perkara yang sia-sia .. 
sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yg mengundang mudarat baik utk dirimu mahupun masyarakat
(oh ak seorg yg pekak tanpa spectacles OK)
lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yg tidak senonoh
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yg mengundang syaitan utk memperdayai nafsu kamu
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
itulah hakikat tudung..

ada mana-mana part yg terkena diri-sendiri juga...
cuma yang penting..sama-samalah kita mengingatkan...
bukan setakat menuding jari sedangkan 4 jari yg lain sebenarnya menuding ke diri-sendiri...

tapi bila ingat balik pe yg mak aku cakap, "iman itu bukan terletak pada rapatan tudung"
dosa tak tutup aurat itu lain..
dosa perangai tak semenggah itu pun lain..
pokok pangkalnye, Atid tu dah ada indexing dah lam buku catitan kita tu.
index A utk aurat, index B utk perangai plak..
cuma..selagi kita bernyawa...
selagi nyawa tak sampai ke halqum lam bahasa kasaqnye...
selagi Israfil tak tiup sangkakala..
kita masihhh ada peluang utk berubah & bertaubat...


1 criticS:

Cikgu Zahora said...

^_^ imana itu bukan terletak pada rapatan tudung..
suka statemmnt tuh.. ~_~