Thursday, 18 September 2014


another #diy project
aku buat senirik bantal utk letak tepi-tepi pelamin tu ha..


bahan-bahan:

bantal empat persegi (RM10/3pcs --> kedai teddybear Ayer Hitam)
kain satin putih (RM2.50/meter.. beli 2meter utk selamat --> Nagoya) 
riben berlainan saiz (saiz hijau tu 2x ganda saiz biru utk efek lebih ummphh -->Kedai Bunga Riben, Jalan TAR)
bulu merak (RM1/pcs --> kuil Batu Caves)
pita selofan (--> kedai buku je)
border blink-blink (bape posen tah --> Kedai Bunge Riben, Jalan Tar)
hotglue bersama gun nyer
butang ketip (utk ketipkan sarung bantal)
tali tape
kapur jahit
benang

cara-cara:

1- potong kain ikut 2.5 kali ganda saiz bantal. aku lilit je kat bantal tu. punyela malas nak ukur. then tanda guna kapur jahit. lebihkan sikit tepi utk jahitan dan utk letak butang ketip.

2- jahit keliling gune mesin je. selisihkan sikit bahagian belakang tengah utk letak butang ketip. ko faham tak? aku tak jahit tepi pun sebab nanti nampak gemuk pulak bantal aku.

3- selesai jahit, masukkan bantal. ha yang ni perlu hati-hati sebab aku buat sarung tu memang betul-betul muat-muat je. nak-nak aku yg jenis tak menyabar ni masukkan sarung bantal??

4- lilit riben hijau pada bantal & potong ikut saiz yg dikehendaki..riben biru pun ikut saiz riben hijau.

5- jahit sembat. gunakan benang warna sama ye. mulakan jahitan dari belakang bantal (sbb tak nampak)

6- kemudian jahit pula riben biru pada bantal. tindihkan sikit atas riben hijau supaya tak nampak any gap.

7- potong bulu merak then selotip utk elak dari bercerai.

8- selitkan, the gam guna hot glue gun.

9- potong border blink-blink tu dan jahit supaya jadi macam gambar di bawah. boleh juga gunakan brooch.

10- siap..!! ada 6 bantal kesemuanya.. 


gambar di bawah in action pelamin diy aku.. love tu..errr...aku un tak tahu sapolah yg p letak kat situ

kiri: tudung merah (Kak Yam ex-housemate lecturer juge), tudung mustard (Farhana ex-student)
kanan: tudung peach (Wana ex-student), tudung pepel (Nisa ex-student)
padahal sume pun panggil kakak je lepas abes blaja.. hewhewhew. umo pun tak jauh beza lah





ReActioNs:

0 criticS: