Saturday, 24 September 2011

Kejadian ini berlaku semalam. atau lebih tepatnya malam tadi kira2 jam 12 malam (waktu tempatan). Di mana defendan (seperti nama yg tertera) telah melakukan kesalahan sengal dgn memacu kenderaan 4 tayar ke sebuah pekan kecil yg diberi nama Parit King. Beliau yakni tertuduh atau defendan pada mulanya sedang dlm sessi pujuk-memujuk cik Angelic Aida yg merajuk tak sangka sampai nak mintak putus bagai. Lalu pihak pendakwa (cik Angelic Aida) dgn ringan mulutnya mengenakan syarat pd defendan iaitu
"nak pujuk datang la sini"
Maka dengan itu sementelah pula, pihak defendan yg kononnya tidak bersalah telah mengambil serius percakapan atas angin pihak pendakwa. Ketika jam telah menunjukkan 8 malam, pihak defendan telah bertolak dari kediamannya di Kajang, Selangor. Perjalanan yg memakan masa lebih kurang 4 jam itu disertai dgn nguapan yg tidak terkira banyaknya oleh pihak defendan. Lebih kurang jam 12 malam, pihak defendan teah menghantar khidmat pesanan ringkas kpd pihak pendakwa utk memberitahu keberadaannya di depan rumah beliau. Lantaran itu, pihak pendakwa dgn tanpa celak dicolet di mata serta tudung senget dan seluar tidur bergegas keluar dari rumah utk meninjau sama ada pihak defendan benar2 berada di depan rumahnya atau tidak.

Dengan penglihatan pihak pendakwa yg kabur pd waktu malam, beliau menyedari bahawa pihak defendan benar2 berada di depan rumahnya. Tanpa membuang masa kedua2nya memboloskan diri ke restoran makanan segera dekat Taman Universiti bagi mengelakkan tiba2 pihak JAIJ mengetuk tingkap kereta dan mengheret kedua2 belah pihak ke mahkamah di bawah Seksyen 27 (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997).

Setelah berada di restoran itu kira2 dua jam setengah dgn disertai nguapan bersilih ganti serta mata merah jalan pun cam kuceng mabuk, maka pihak defendan mengisyaratkan pihak pendakwa utk menghantarnya yakni pihak pendakwa utk pulang ke rumah. Pihak defendan kemudiannya bergegas pulang ke Kajang pada malam itu juga tanpa menghiraukan saranan pihak pendakwa yg memintanya utk menumpang rumah abg angkatnya, Abdul Halim Omar di kawasan berdekatan.

Sesampainya pihak pendakwa di rumahnya dekat sini, beliau terus meletakkan kepalanya dan tertidur dengan nyenyaknya sehingga lehernya terkehel apabila bangun pada keesokkan pagi. Pihak defendan pula telah sampai Kajang, Selangor pada jam 6:48 pagi waktu tempatan dan dipercayai mengalami sindrom mabuk tidur iaitu tidur taknak bangun2 disebabkan kaki krem tekan clutch.

Dalam kes yg disebut sekali di mahkamah sivil ini, pihak mahkamah telah sebulat suara menyatakan pihak defendan didapati tidak bersalah kerana telah melakukan kesalahan tersebut dalam keadaan sakit angau. Walaubagaimanapun, kedua2 belah pihak telah dinasihatkan utk mengamalkan option di bawah bagi mengelakkan penyakit angau :
  1. Ayat 27 surah Ibrahim
  2. Ayat 74-75 surah Israk
  3. Ayat 45 surah Anfal


Sekiranya tidak berkesempatan, maka memadailah dgn berselawat dan beristighfar..
(sumber: Ustaz Fuad Othman)

p/s: maka kupohon Kau lindungilah hati2 kami & Kau permudahkan urusan kami dlm menyempurnakan agamaMu....

ReActioNs:

4 criticS:

anak gemilang said...

so sweet la kes nie.. jad lawyer boleh.. :)

EyEdA said...

huhu..oura nk jd peguambela ke peguamcara??

ikanbesh said...

bahagianya!!!

hana said...

suwitttnye aida..kena mkn ns minyak cepat2 nih..ngehee