Tuesday, 10 January 2012

teman waktu gembira banyak
tapi teman saat susah sikit
sama ada benar2 tak berkemampuan
atau sekadar alasan
padaku, kaulah teman paling akrab
yg menjadi peneman susah senang
acapkali kesetiaanmu kuuji
betapa jujurnya kau dalam hubungan
betapa luasnya kasih yg kau pamerkan
tapi sayangnya bukan utk masa sukar
saat aku benar2 memerlukan
apakah tangan dihulur tanda bantuan?

terima kasih daun keladi buat yg terlibat
acapkali aku mengundang pelbagai kekecohan
acapkali aku mengutarakan pelbagai persoalan
acapkali juga aku meragukan kesetiaan
malah acapkali aku bertindak seperti orang bodoh
yg tidak mengenal tatasusila
juga, seakan tidak mengerti apa yg berlaku
walhal kesabaranmu seringkali di luar jangkauan
kau persis ayah, yg tak mengenal amarah

mata dibuka seluas2nya
cuba utk melihat di mana kurangnya
apakah piawaianku terlalu tinggi
buat seorang teman
yg aku pilih, turas & saring..?
barangkali sehingga melalui proses pemeringkatan berperingkat
seakan sempurna
tapi mengapa masih ada cacat-celanya?
mengapa masih ada sisa2 hampas?
walhal turasan itu menggunakan pelbagai medium & expertise
huh..!!di mana silapnya..??

nafas dihela tanda pasrah
apakah perlu dibuat tagline
redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah?


wahai sang puteri..
apakah kau tidak mengenal erti syukur
atas cahaya keberuntungan yg kau miliki?
apakah masih tidak cukup dunia ini buatmu?
andai dunia diletakkan di telapak tanganmu
apakah sudah mencukupi segala keperluan?
sedang dunia ini sebentar cuma
mengapa tidak kau jadikan ia jasaro ke dunia yg satu lagi?


0 criticS: