Friday 16 July 2010

pernah dengar x pepatah pujangga menyatakan..
"jangan menyintai seseorang 100% , jika tidak apabila kita kecewa atau si dia berbuat kesalahan, kita tidak akan mampu utk bertahan.."

oh itu mmg bukan pepatah pujangga..
itu hanyalah selingan lecturer hubungan etnik aku..
aku tidak faham..
tidak mengerti sebenarnya..
sehinggalah sampai saat cinta pertamaku terkandas..(pertama ke?)

tapi apa yg aku rasakan sekarang..
mungkin bukan cinta..
MUNGKIN..
menemuinya HANYA 2 tahun sekali..
jangankan telefon, sms juga jarang..
ym..??hanya atas urusan yg penting2 shj..
dalam 1 situasi yg x dijangka..
atas hubungan yg x bernama..

tiada kata2 manis & berpuitis..
tiada juga konsep "oh lihat ke dlm mataku, betapa aku menyintaimu"
dalam kekasarannya..
ada kata2 hikmat..
ada nasihat..
walaupun tanpa sebarang madah.

pertemuan kali ini..
seakan-akan aku tidak menjadi diriku sendiri..
sesungguhnya aku malu..
mempamerkan padanya bahwa aku sudah x seperti dulu..
sesungguhnya aku malu..
kerana aku bukan lagi "aida" yg dikenalinya dahulu..

pertemuan itu pasti akan ada "org" ketiga..
saat pertemuan itu diganggu..
aku masih lagi mampu menolak
masih mampu lagi tindakan refleks itu berfungsi tanpa memerlukan bantuan sang akal
hati masih mampu lagi tersentak tatkala si dia menyatakan sesuatu yg pastinya bertentangan dgn prinsipnya..
membuatkan aku berfikir..
"adakah dia sengaja mengujiku?"

sesungguhnya dia..
masih lagi begitu..
masih lagi si dia yg aku kenal sewaktu umurku di penghujung belasan tahun..
baik dr segi rupa mahupun lagak..
kerana dia mmg begitu..
sememangnya begitu.
sememangnya x pernah x menjengkelkan.
x pernah x menyakitkan hati..
tapi kenapa ya..
aku masih memandang dia "unik".
kenapa ya..
atau mungkin..
aku masih terperangkap dgn kisah kanak-kanak.
kisah di hotspring yg benar2 menguji kesabaranku..
(ye mmg aku jd geram)
kisah di kedai cenderamata yg m'buat aku jd malu2 kambing
(sbb tiba2 pula dia jd romantik)
ataupun..kisah helmet b'cop sirim & barcode?
(seyes..dia mmg seorg yg show-off.oh oh oh tidak)
entahlah..

ketika ini..waktu ini...dan saat ini..
masing-masing mempunyai perancangan tersendiri..
punya cita-cita..
dan komitmen..
andai..tiada siapa-siapa yg menghuni di hati.. (gamaknye)
andai..tiada siapa-siapa yg mampu mencairkan ketulan ais ini.
maka ya Allah..
aku redha..

barangkali "hanya memuji" seperti lagu shanty & marcell..

0 criticS: