Monday, 27 July 2009


pautan lain mengenai tiroid
Evaluation of the Thyroid Nodule
WANITA DAN PENYAKIT TIROID
Thyroid Disease

APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Katanya, tiroid nodul dan hipotirodisme kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

Beliau berkata, tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan.

"Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisme badan. Kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid mengawal pembesaran mereka dan berinteraksi dengan hormon lain dalam badan"

Apakah hipertiroid?

Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroidism?

Penyakit Grave's – Ia disebabkan faktor keturunan.
Badan pesakit yang mengalami hipertirodism selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif.

Penyakit multi nodular goiter.
Keadaan yang mana wujud banyak nodul pada tiroid dan ia boleh berfungsi sama ada secara aktif, normal atau tidak aktif langsung.

Adenoma toksik.
Wujud satu nodul saja pada tiroid tetapi nodul itu aktif dan mengeluarkan hormon berlebihan.

Apakah simptom hipertiroid?
  • Selera makan semakin bertambah.
  • Berat badan mula menurun.
  • Kerap membuang air besar.
  • Mudah marah.
  • Menggeletar jari tangan.
  • Berdebar-debar.
  • Terasa panas.
  • Sering berpeluh.
  • Mata terjojol.
  • Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan.
  • Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis.
  • Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki. (tiada kaitan dgn penulis blog)

Rawatan untuk hipertiroid ialah melalui pengambilan ubat-ubatan. Ada juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jika tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaan pesakit bagi tujuan kosmetik. (perlukah penulis blog melakukan surgery bg tujuan kosmetik??)


Apakah hipotiroid?
(juga tiada kaitan dgn penulis blog..hny utk mereka yg m'puyai mslh ini shj)


Dr Sharifah Sakinah berkata, hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Beliau berkata, hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.

Apakah simptom hipotiroid?
  • Pesakit akan menjadi gemuk.
  • Badan mereka sering terasa sejuk.
  • Malas.
  • Kuat tidur.
  • Lembap.
  • Ingatan terganggu.
  • Kaki membengkak.
  • Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera.

Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup. Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.

Apakah tiroid nodul?
Dr Sharifah Sakinah berkata, tiroid nodul pula adalah pembengkakan tiroid dalam bentul nodul. Sembilan puluh lima peratus daripada kes tiroid nodul ialah jenis benigna manakala lima peratus lagi berbentuk kanser.

Lazimnya, pesakit tidak perlu dibedah dan doktor akan hanya melakukan pemeriksaan ultra bunyi dan kaedah fine needle aspiration. Melalui kaedah itu, doktor akan mengambil sel daripada nodul untuk menentukan sama ada ia jenis benigna atau malignan.

Jika sel itu adalah jenis benigna, pesakit tidak perlu dibedah tetapi terpaksa menjalani pemeriksaan susulan. Sekiranya sel itu jenis kanser, pesakit perlu dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin selepas pembedahan.

Apakah hipotiroidisme kongenital?
Keadaan ini berlaku di kalangan bayi berikutan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di negara Barat, bayi yang mengalami masalah ini selalunya dapat dikenal pasti sejurus dilahirkan kerana negara terbabit menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Bagaimanapun, kemudahan seumpama itu belum diperkenalkan di Malaysia dan ini menyulitkan doktor untuk mengesan bayi yang mengalami masalah tiroid tidak berfungsi.

Lazimnya, bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi yang dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Hipotirodisme kongenital boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak seperti bodoh dan cacat fizikal. Jika bayi tidak menerima rawatan segera, kecacatan itu akan kekal.

Apakah postpartum tiroiditis?
Ini ialah inflamasi tiroid yang akan berlaku selepas wanita melahirkan anak. Biasanya ia berlaku di antara dua dan enam bulan selepas bersalin. Keadaan ini wujud selepas wanita melahirkan anak yang mana antibodi terhasil secara berlebihan.

Antibodi ini akan menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid. Ia boleh dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama membabitkan lebihan hormon tiroid manakala fasa kedua pula kekurangan hormon tiroid.

Dalam sebahagian besar kes, keadaan ini akan pulih sendiri dan tidak memerlukan ubat-ubatan dan hanya perlu diawasi.


4 criticS:

Syamilia said...

good info...

akhir2 ni mimi selalu mengeletar...nape ek...waaa xmau penyakit ni...

EyEdA said...

itu mgeletar laen la mimi...

Anonymous said...

kak eyeda.. ora doakn kak eyeda x skit yer.
itu gejala pykit lain kak.
haha.
*_*
klu dh jmpa doktrnya..
tntu smbuh.. haha..
*sori lmbt singgh pg akak. nk cri idea komen ape. * agaga..

aLiSh said...

eyeda
anda telah di tag oleh saya di
http://alishazel.blogspot.com/2009/07/my-life-zaman-saya-kanak-kanak-dulu.html

hahahaha