Orang kata lepas kahwin tak payah berkira
Duit kau duit aku duit aku duit kau
Orang kata lepas kahwin mmg kena banyak toleransi kena banyak bertolak-ansur
Orang kata lelaki lepas kahwin mmg akan ada fasa utk dia berubah menjadi lebih dewasa
Dan utk kesemua 'orang kata' tu mmg perempuan lah yg kena banyak berkorban kena banyak makan hati
Aku dan dia..
Baru 3 bulan menjalani kehidupan sbg suami isteri yg sebenar
Ada komitmen ada rumah utk diduduki walaupun hanya hujung minggu
Terkadang nafas terasa sesak membuat itu dan ini
Acapkali juga terpaksa berlagak macho
Padahal dalam hati rasa tak secure
Dalam benak memikirkan apa yg boleh dilakukan utk membantu
Juga apa yg perlu diungkap utk memberi semangat
Padahal hal sendiri juga sudah kusut
Ingin juga meluahkan lelaki rendahkanlah ego kamu utk perempuan ini yg telah berkorban utk kamu
Yang seringkali menangis utk kamu
Mendoakan yg terbaik utk kamu
Acapkali nafas dihela sambil mulut terkumat-kamit mohon kekuatan
Ada juga terkadang sang akal nakal mengatakan
"hidup dgn ibu ayah dulu tak begini"
Sungguh.. aku hanya anak perempuan yg tidak mengerti apa itu susah
Mengadu pada ibu ayah juga tak mampu
Kerana isteri itu perlu menjaga maruah suaminya bukan?
Sesalan itu tidak pernah ada..
Kerna aku menyintainya..dan aku menyayanginya..
Cuma terkadang rasa begitu ampuh dan lemah
Moga2 diberikan kesabaran serta kekuatan untukku.. untuk dia mengharungi cabaran hidup berkeluarga