Monday, 31 December 2012

expected reason...
kenapa gadis itu menolak sang pemilik hati
reason yg pertama..
itulah penyebab kenapa aku memilihnya..
sebabnya aku tak perlukan org yg berprofil tinggi
menjanjikan itu & ini
cukuplah seseorang yang low profile sepertinya
kerana itu lebih selesa bagiku

sebab yg kedua..
bagiku..dia..bukan tidak memahami..
tapi..sukar utk meluahkan perasaannya..
barangkali kerana profilnya sbg ex-student boy school & adik-beradik lelaki menjadikannya begitu
diamnya..demi menjaga hati..
tapi sayangnya..
diamnya juga seringkali mengguris hati

sebab yg ketiga..
saat aku memilihnya..
aku benar2 yakin..
walaupun seringkali dia meninggalkan aku terkontang-kanting
walaupun seringkali dia melepaskan aku pd yg lain
tapi..entah mengapa..
yg dlm ni memberikan keyakinan..
yg dia akan menjadi imamku..
biarpun bukan dari sekolah pondok atau mana2 sekolah aliran agama
namun aku tetap yakin yg dia mampu utk memikul tanggungjawab itu
cuma..masa & waktunya belum tiba...

tangisan ini..
aku tidak pasti utk apa..
kecewa atau pasrah
utk insan bernama Asri Azhari
saat ini aku benar2 lemah
saat ini aku benar2 tewas
utk memahami, utk mempertahankan hubungan yg entah bila akan halal ini
hailah Aida...
jodoh itu rahsia Allah

ya Tuhanku...
kumohon..Kau tuntunlah hatiku..
janganlah Kau bolak-balikkan hatiku...
andai benar jodoh kami ya Allah..
maka kupohon padaMu..
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau bukakanlah hatinya ya Allah
Kau detikkanlah perasaannya untukku
Kau permudahkan urusan kami..
dlm melengkapkan separuh agamaMu ini..
kerana aku benar2 tidak mampu..
utk terus2an begini...




Tuesday, 25 December 2012


Ms. Word --> LaTex --> DVI -->PDF

DVI x tunjuk la pulok....
huhuhu...

kenape ade gambaw Dr. Nazri ?
sebab snip masa background aimed kat Dr. Nazri.
hahaha

p/s: jom solat dulu!

Thursday, 22 November 2012


kalau dah tak boleh cakap la tak boleh
tak payah la mula2 cakap boleh pastu kata tak boleh pulak
beria je aku perabih RM80 k beli baju baru
pahtu asyik try2 plak match ke tak baju tu mcm org b*d*h
kunun eksaited sbb dah silent mode 2 minggu la kan
aishhhh..!!!!
sedih sedih SEDIH
ingat aku free sgt ke nak entertain ko hah?
ngan nak wat replacement class lg..
mana nak buat nota lg..
tanda assignment lg..
semalam lak dpt task baru soh buat soalan test/final.
dah la duedate Sabtu ni
ape dia ingat dia sorang je ke dlm dunia ni yg bz?
apa dia ingat dia sorang je ke yg keje?
nak ruang sangat kan..?
dah 2 minggu aku bagi..
tak cukup lagi??
nak datang sini..nak bazirkan duit ke sini???
bukan aku yg mintak dia datang
tapi bila dia kata nak datang..
of cos la aku excited kan..
tapi bila dok men tarik2 tali plak ngan aku...
kejap jumaat kejap sabtu
aku rase mcm hape je
padahal aku dah save time utk dia...
dah gigih2 ni buat keje sbb nk spend time dgn dia...
dlm keadaan badan yg tak berapa nak sihat..
ngan batuk lg..
ngan usus rasa nak tercabut lg
rasa nak memitamkan diri je la ni sebab tak larat..
if & only if he knows how much i sacrifice for him..

ada mesej2 tadi..
entah kenapa aku g reply plak
sudahnya jadi gaduh
dia rasa stress kan..
jadi Asri..
awak buatlah apa yg awak nak..
saya..belum cukup layak utk awak..
mungkin..dah cukup kot..
utk masing2 menyalak dan terus menyalak
kalau dah memang BUKAN empunya tulang rusuknya..
nak match macam mana pun tak kan boleh
kalau terus2an mencuba jugak..
nanti patahlah tulang rusuk tu kan...
even sekarang pun aku dah rasa mcm tulang aku patah

Sunday, 18 November 2012

jam 4:10 pagi..
mata masih belum lelap
nafas terasa sesak
menahan sendu di hati
sehingga mengorbankan airmata
entah di mana kurangnya diri
dalam memberi kasih pada sang jejaka
sehingga kasih yg diberi dianggap bebanan
walhal diri sedang mencuba sekeras2nya memberi kebahagiaan..

alasan demi alasan
yg kadangkala terasa memualkan
apakah perlu memilih
antara meneruskan atau menoktahkan hubungan
apapun pilihanku
yg pastinya, si dia tetap positif..
telahannya
"dah tak de jodoh"
barangkali dia tidak menggunakan hati dlm berkasih
sehingga menjadi terlalu positif *sigh*

sudahlah Aida..
lepaskanlah..walau hatimu terluka..
lepaskanlah..dan doalah yg baik2 sahaja untuknya..
lepaskanlah..dan sudah2lah membuatnya derita..
andai dlm hatimu masih ada sayang yg tersisa...
lepaskanlah dia...andai itu bisa membuatnya bahagia..


Saturday, 17 November 2012


kenape nak kene like....
alahai hati..
janganlah macam nie...
nanges kang
(bukan dah nanges dah ke?)