Friday, 22 July 2011

bilamana kebiasaan telah menjadi kejanggalan
bilamana lidah yg lembut menjadi keras tatkala mengalunkan kalamullah
bilamana huruf2 hijaiyyah itu terasa berat utk disebut
bilamana nafas menjadi semakin sesak tatkala menyaringkan ayatullah
bilamana tubuh terasa bahang tatkala bait2 itu menusuk qalbu
bilamana bintik2 itu semakin menebal
bilamana batas2 itu sudah ditebas & dicantas
walhal ia tahu & faham mengapa batas itu dibina..
apakah batas & benteng yg dibina itu terlalu ampuh??
apakah sang aqal itu sudah menjadi hamba kpd nafsu??

acapkali langkah tersasar dlm mencari keredhaanNya..
apakah ia mampu meraih kecintaanNya??
apakah ia mampu menghadapNya dgn wajah kusam ini?
apakah tidak nanti segala amalannya dihempap kembali ke mukanya??
saat hati semakin membengkak..
saat hati menangisi atas tembok hati yg kian menebal..
izinkan ia utk terus tabah & kuat dlm menghayati nas2
izinkan ia utk mendalaminya..
sesungguhnya tarbiah itu sgt sukar..
sehingga ia terkadang hampir2 menyerah
membiarkan diri terus2an hanyut..
maka..ku pohon..

agar ia diberikan hati yg bisa tersentuh..
agar ia diberikan hati yg bisa menangis..
dlm menghayati pembeza haq & batil itu..
mdlm mencari asy-syifaa' sang qalbu..
insya4JJI..

Thursday, 30 June 2011

betapa tempangnya kaki
betapa pincangnya langkah
merangkak-rangkak dalam menggapai persefahaman
dan menghayati sod ba ro
sehingga menampakkan ketidaksopanan seorang gadis
entah apa yg menganggu-gugat
entah apa yg membuatnya menduga insan itu sedemikian rupa
entah apa yg menolak dan mendesak sehingga tindaknya tak ubah seperti si jahil
yg tak pernah mengenal erti kesopanan
sejenak membuatkannya berfikir
apakah perlu menyimpulkan ikatan itu
atau menoktahkan sebuah catatan perjalanan..
nafas dihela panjang..
sehingga yg di dalam terasa begitu menyesakkan
dan memilih jalan itu..
mungkin inilah yg terbaik..
agar yg di dalam itu tak terus terkena sembilu
yg menusuk makin lama makin dalam..

Tuesday, 7 June 2011

semakin hari semakin sayang
semakin hari semakin kuat
semakin hari semakin aku yakin dengan pilihan yg satu ini
ku pilihnya kerna dia itu lelaki biasa
malah sangat biasa
kerana diri ini juga perempuan biasa

memiliki hati yg satu itu
bagi menggantikan hati yg telah lama rosak
bernanah lalu membusuk
ternyata hati yg baru itu hati yg bersih
tanpa sebarang noda
di mana setiap tindaknya penuh dgn hati-hati
demi menjaga hati yg satu ini
supaya tidak tercedera parah
supaya hati ini bisa menerima dgn berlapang dada
supaya jasad ini bisa menerima hati yg baru ini
tanpa sebarang complication
mungkin awalnya agak terkedu
dengan jawapan yg diberikan
sebab tidak menyangka dia org sebegitu
padahal luarannya tampak biasa-biasa shj

"Maaf ye.sbb bf u ni kolot ckit:-("

ternyata dia bukanlah org biasa
malah seorang yg berbeza
mungkin inilah yg dikatakan

"Assolatu 'imaduddeen.."
"..Innassolata tanhaa 'anil fahsyaaa i wal munkar"


yg melindungi pengamalnya dr berbuat yg tidak-tidak
yg menghalang pengamalnya dr menzalimi diri sendiri juga org lain
sungguh, aku terasa bertuah memilikinya..
kerana yg biasa ini tidak hanya menjaga amalannya
tapi juga turut menjaga amalanku
moga-moga ini yg terakhir
menjadi pemilik hati
moga-moga hati yg ini
dapat menjaga hatiku
dan mengimbangi dunia akhiratku

Monday, 30 May 2011

sungguh..aku benar2 tak mampu utk berselindung ttg betapa gelojaknya perasaan..
berdenyut nyut nyut kepala bila memikirkan..
kuluahkan segala yg terbuku..
mohon penjelasan..
andai hati ini ingin dipermainkan..
maka kupohon lepaskan saja....
agar hati ini tak terus tercedera..
entah berapa kali ku urut dada sambil bertasbih memohon kekuatan..
agar tidak mengeluarkan kata2 nista
yg boleh menampakkan betapa hodohnya seorg perempuan
kutinggalkan segalanya demi dia..
tapi, apakah pilihanku kali itu salah lagi...
bilamana setiap persoalanku dijawab acuh tak acuh..
menggeletar tubuh menahan sedu
entah mengapa begitu terjahnya aku pd dia..

"Awk tau x yg sy btul2 amik masa utk tnya soalan 2 kat awk.itu btul2 mmrlukan usaha yg besar bg sy.mmg sy nekad tnya time 2..sy x expect pun yg awk trima sy..sy tau awk bole n berhak dpt org yg lg baik dr sy"

"Awk pegi cari laki lain.yg btul2 nkkan awk"


blur..sangattt blurrrr..
apakah ini pengakhiran sebuah kisah?
atau satu permulaan bg penghadapan yg lebih ampuh?
maaf..maaf buat kamu..
kerana aku hanya inginkan kepastian..
apakah si dia yg satu lg masih berada di hati..
apakah aku ini hanya dianggap pengganti..
maaf..maaf sekali lagi..
kerana keraguan itu sering dtg bertamu..

entah dari mana nak mula..
almost a month
sebulan shj tapi macam2 dah jadi..
entah di mana & bagaimana aku menilai
dalam masa sesingkat itu
sedangkan penilaian pada yg terdahulu memakan masa berbulan2
dan mungkin ada benarnya apa yg dikatakan
bila hati dah suka..
buat apa tunggu lama2


tapi...
bila kuajukan soalan ttg saat perasaan itu mula bertapak di hatinya
jawapannya itu membuatkan aku sedikit tersentak..
bukan sedikit, barangkali sehingga menyesakkan nafas..
anggap je la masa I tny, "kisah xklu 1 ari nnt ak suka ko?"
blurrrr....sooooo blurryyyyyyyyyyy...
terasa diri betul2 b*d*h
entah saat soalan itu diajukan dgn sepenuh hati @ tidak
barangkali langsung tak bermaksud utk memiliki..
entah hanya sekadar melepasn batuk di tangga..

tiktoktiktok..jam dah pukul 3++ pagi..
mata masih tak mampu terkatup
masih memikirkan jawapan itu..
mengapa begitu mudah aku menerima dia
mengetepikan semua syarat
yg dikenakan pada yg lain
entah di mana hilangnya kewarasan
dalam membuat pertimbangan
perlukan aku berterus-terang betapa gelojak hati
apa mungkin keputusan itu akan dianggap remeh
ttg betapa mudahnya mendapatkan aku
apa mungkin nanti akan jadi seperti si dia yg satu lagi
ditinggalkan terkontang-kanting menahan derita
saat hati mula terlukis wajahnya
saat jiwa mula meletakkannya di satu ruang
butakah mata hati sehingga tidak mampu melihat kebenaran & kepalsuan
kutinggalkan dunia HANYA utk memilih yg satu itu
kutinggalkan segala2nya demi yg satu itu
pitam..pening..entahla..semput jugakk...
sob..sob..sob