Thursday, 4 November 2010

halim ni lab mate aku masa kt gopeng dulu..
orangnya baik..
sopan sangat..
kami-kami awek's yg sengal ni mmg suke kacau halim
sebabnya bila kene sakat, halim mesti senyum je..
manis je dia senyum..
bijak budaknya..
graduan upsi dalam bidang biologi
dan ditempatkan di smk kabong, sarawak.
kira-kira 4 bulan lalu, halim terlibat dlm 1 kemalangan kecil.
ketika pulang dr pasar di sarawak..
utk mengelak dr berlanggar dgn penunggang basikal dr arah bertentangan
halim terbabas di parit di tepi jalan..
malangnya halim tak memakai helmet ketika itu..

ketika dibawa ke hospital, doktor memberitahu terdapat ketulan darah beku di kepala halim
lalu halim dioperate..
ia mengambil masa yg lama utk halim sedar semula..
dan halim dihantar ke hospital taiping, dekat dgn keluarganya
dan utk memudahkan urusan ulang-alik ayahnya melawat

dalam tempoh menunggu halim sedar..
doktor mengesahkan yg terdapat air dlm kepala halim..
aku difahamkan yg ketika koma, badan kitaakan tampak seperti mengembung..
kerana terdapat air dalam badan yg sepatutnya dibuang tapi x dibuang..
tp dalam kes halim..air tu dah samapai ke kepala dia
dan doktor menyarankan agar halim dioperate utk mengeluarkan air tersebut

halim kemudiannya dihantar ke hospital ipoh utk pembedahan tersebut..
setelah koma hampir 4 bulan..
baru-baru ni doktor di sana mengesahkan yg halim mengalami kecederaan otak yg serius..
yg menyebabkannya koma utk satu tempoh yg lama..
atas sebab itu, doktor membenarkan halim utk dipindahkan semula ke hospital taiping spy berada hampir dgn keluarganya

kini, halim telah dibawa pulang ke rumah..
di kg. banggol sebelah, bt kurau..
mohon dia moga-moga halim cepat sedar..
dia seorang yg baik..
disayangi oleh anak-anak muridnya..
halim, bangunlah...
kami semua mengharapkan kau sedar cepat..

Sunday, 31 October 2010

betapa pentingnya ilmu utk diterapkan ke dalam jiwa setiap insan yg bernyawa..
bukan hendak mempertikai tentang ilmu yg ada..
cuma kadang-kadang bisa buat aku tersenyum sendiri..
terasa macam deja vu..
agaknya perempuan memang begini..
bila lelaki yg disukai kelihatannya mesra-mesra sikit dgn perempuan lain..
jadi macam nak bergaduh pulak..
tapi akhirnya diri sendiri yg malu..
mungkin perlu mbuat sedikit research sebelum melontarkan sebarang kata..
*sigh*


Thursday, 28 October 2010



"kenapa delete akaun facebook..??"

persoalan itu..
jawapan sangat mudah..
tapi sayangnya sy hanya mampu tersenyum..
bukan tak mahu berterus-terang..
cuma terasa malu.
bilamana tuan empunya diri yg bertanya..

"ye..sebab sy dah jumpe soulmate sy "
"sebab sy tak nak tengok komen bukan2 pada page dia"
"sebab sy rase jeles bila tengok komen2 tu sume"
"sebab sy rasa sakiiiitttt hati walaupun itu hanyalah masa lalu dia"
"sebab sy nak tumpukan pd dia sorang saje"
"sebab sy nak setia pd dia sorang sahajaaa.."

ye...walaupun dia tak ada dlm senarai 10 ciri-ciri pilihan..

hati-hati dalam memberi hati
tak jemu-jemu sy mengingatkan diri sendiri..

ku mohon padaMu ya Rabb..
seandainya dia untukku..
Kau satukanlah hati-hati kami..
Kau lorongkanlah kami jalan-jalan menuju sirna..
Kau lindungilah kami 
Kau peliharalah iman kami
janganlah Kau jadikan hati-hati kami hati yg terlalu asyik..
dalam merasai fitrah ini ya Allah..
seandainya dia bukan khalifahku ya Allah..
maka Kau jauhkanlah hati-hati ini dari bertaut..
dan terus-terusan menyakitinya..
dan Kau redhakanlah kami...
bahawa ada yg terbaik menanti...
amiinnn..


dan jangan pula kerana bercinta 
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

Sunday, 24 October 2010

mungkin orang sekarang ni lebih gemar berterus-terang agaknya...
dan kadang-kala saya begitu..
mereka tetap mereka..
fitrahnya memang begitu..
terpulang pada hati untuk bulat-bulat percaya..
atau membuat sedikit research..
harus ingat satu perkara yg dikatakan oleh seorang mereka juga..

"kita dah tak semakin hijau..
walaupun hijau itu sejuk mata memandang.."

oleh itu..
saya perlu cool..
dan sabar juga..
supaya tak cepat melatah..
supaya tak cepat membuat keputusan..
saya bukan takut utk memilih..
tapi saya takut kalau-kalau saya tak bisa membahagiakan..
dan saya juga takut kalau-kalau saya akan memandu mereka ke saqar
memiliki banyak hati bukanlah sesuatu utk dibanggakan..
melainkan sesuatu yg hina..

sungguh..
saya jelik bila mereka-mereka itu memberikan pujian yg entah apa-apa..
pujian yg terkadang buat saya lupa ttg hakikat kejadian..
yg kadang-kala menjadikan saya begitu hina..
jadi..apakah saya perlu berbangga atas sesuatu yg hina..??
sedang hati sendiri masih belum mampu dididik..
supaya bisa tersentuh tatkala mendengar ayat dari langit..
apakah bisa utk saya mendidik hati yg lain pula..??
seperti ketam mengajar anaknya berjalan barangkali..

wahai mereka-mereka di luar sana..
maaf..saya masih belum mampu utk memberikan hati buat kalian..
bukan kerna tak ada yg bisa buat jantung ini berdegup kencang..
tapi kerna hati saya ini telah dimiliki..
oleh insan yg menyintai saya seikhlasnya..
dan seharusnya saya membalas cinta yg mereka berikan..
kerna bahagia itu milik mereka...



Friday, 22 October 2010

hari ni aku ym ngan seorang junior..tak lame pun..
cuma akhir kalam (keyboard sebenarnye) tu dia tulis gini..
"Lgpon nk kne jge ikhtilat, Kte kn bkn muhrim"

sebab aku tak tahu apa maksud ikhtilat, jadi seperti biasa..
dr. google lah yg membantu aku..

ni maksud dia..
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh dikahwini). Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. 
dush3x..kan dah kene...
padahal aku yg start dulu..
aku lu yg ckp "hendaklah kamu menundukkan pandangan.."
last2 aku lak yg kene tarbiah..
kene gedebuk sekali..

tapi bukan itu yg aku kisahkan...
tapi sebab dia itu orang yg usianya muda 3 tahun dari aku..
dan juga merupakan pelajar dari sekolah dekat-dekat sekolah aku di mana aku mendapat bunga ketika hari kantin sekolah tersebut (perlu ke tulis gini??)
sekolah mane lagi kalau bukan la salle..
tiba-tiba pun rasa mahu mentazkirahkan diri sendiri..
"siapa kita pada permulaan bukanlah penentu siapa kita pada pengakhirannya"

sebelum-sebelum ini pun aku cam pernah je kene basuh ngan dia..
"akak kan perempuan..kena la lembut-lembut sikit.."

kasarkah aku??
pada hari yg lain pula, dia kata aku begini
"nak saya jujur ke?akak memang gedik"

ah sudah..
atau mungkin aku ni terlalu sensitif..
sensitif itu juga penting apa..
supaya kita sentiasa beringat..
supaya kita sentiasa berwaspada terhadap pandangan orang..
supaya kita dapat memperbaiki diri dalam mencari redhaNYA..

tulis banyak-banyak pun..
kalau aku tak buat macam yg aku tulis..
tak guna juga..

"Sesungguhnya kemurkaan besar di sisi Allah bagi orang yang memperkatakan sesuatu yang tidak diperbuatnya"


mana-mana yg boleh dielakkan..elakkan..
kerana kadang-kadang bisa mengundang 1001 fitnah..
nak2 akhir-akhir zaman ni..


merendahlah, 
janganlah seperti asap,
yang mengangkat diri tinggi di langit, 
padahal dirinya rendah hina
(sang murabbi)