Thursday, 18 September 2014


another #diy project
aku buat senirik bantal utk letak tepi-tepi pelamin tu ha..


bahan-bahan:

bantal empat persegi (RM10/3pcs --> kedai teddybear Ayer Hitam)
kain satin putih (RM2.50/meter.. beli 2meter utk selamat --> Nagoya) 
riben berlainan saiz (saiz hijau tu 2x ganda saiz biru utk efek lebih ummphh -->Kedai Bunga Riben, Jalan TAR)
bulu merak (RM1/pcs --> kuil Batu Caves)
pita selofan (--> kedai buku je)
border blink-blink (bape posen tah --> Kedai Bunge Riben, Jalan Tar)
hotglue bersama gun nyer
butang ketip (utk ketipkan sarung bantal)
tali tape
kapur jahit
benang

cara-cara:

1- potong kain ikut 2.5 kali ganda saiz bantal. aku lilit je kat bantal tu. punyela malas nak ukur. then tanda guna kapur jahit. lebihkan sikit tepi utk jahitan dan utk letak butang ketip.

2- jahit keliling gune mesin je. selisihkan sikit bahagian belakang tengah utk letak butang ketip. ko faham tak? aku tak jahit tepi pun sebab nanti nampak gemuk pulak bantal aku.

3- selesai jahit, masukkan bantal. ha yang ni perlu hati-hati sebab aku buat sarung tu memang betul-betul muat-muat je. nak-nak aku yg jenis tak menyabar ni masukkan sarung bantal??

4- lilit riben hijau pada bantal & potong ikut saiz yg dikehendaki..riben biru pun ikut saiz riben hijau.

5- jahit sembat. gunakan benang warna sama ye. mulakan jahitan dari belakang bantal (sbb tak nampak)

6- kemudian jahit pula riben biru pada bantal. tindihkan sikit atas riben hijau supaya tak nampak any gap.

7- potong bulu merak then selotip utk elak dari bercerai.

8- selitkan, the gam guna hot glue gun.

9- potong border blink-blink tu dan jahit supaya jadi macam gambar di bawah. boleh juga gunakan brooch.

10- siap..!! ada 6 bantal kesemuanya.. 


gambar di bawah in action pelamin diy aku.. love tu..errr...aku un tak tahu sapolah yg p letak kat situ

kiri: tudung merah (Kak Yam ex-housemate lecturer juge), tudung mustard (Farhana ex-student)
kanan: tudung peach (Wana ex-student), tudung pepel (Nisa ex-student)
padahal sume pun panggil kakak je lepas abes blaja.. hewhewhew. umo pun tak jauh beza lah





Monday, 18 August 2014

Another #diy project for my reception day
Aku bajet nak buat block letter macam kat performance retis2 kat stage tu..

Bahan-bahan:
1-Kotak
- aku guna kotak CPU kt PGR yg supplier nak jual tu.. dari bg diorang duit free
(dah la setup pc main2 kitorang gak yg kene explore balik.oh geramnye)
- satu kotak CPU mewakili satu huruf.. disebabkan aku nak buat ASRI AIDA, so aku perlukan 8 kotak CPU.

2-Cellophane tape
- pilih yg mahal sikit. Jenama loytape yg senang nak koyak tu. Avoid masking tape (tapi aku dah terrrguna)

3-Pembaris panjang
- ni aku pinjam pembaris jahit mak aku

4-Heavy duty cutter

5-Pen
- guna warna merah lagi senang nampak

6-Gluestick
- cepat kering & tak mengerekot

Cara-cara:
Lakarkan hurup “D” menggunakan pembaris. Macam aku, aku just ikut tinggi kotak yg aku ada. Tinggi huruf yg aku buat ialah ¾ saiz kipas meja yg sederhana.


Lebar bagi setiap huruf aku setkan 3 inci. Lebar bahagian dalam kotak, aku setkan 2 inci utk efek 3d.









Langkah 4:
Lakarkan huruf “D” yang sama utk bahagian belakang pula, lekatkan guna cellophane tape.

Langkah 5:
Balut huruf menggunakan kertas mahjong/surat khabar (1st layer). Tujuannya, utk elakkan bahagian lipatan huruf yg kita dah seletip tadi terbuka.

Langkah 6:
Balut sekali lagi kemas-kemas guna kertas mahjong. Kali ni gunakan gluestick supaya cepat kering.


Hasilnya:
Aku letak di kiri & kanan pelamin. Untuk lekatkan, guna double sided tape yg ade sponge tu..
Cover utk whole kaki huruf. Jangan sikit2 pulak, nak terbang huruf tu kena angin kipas.


Oh ye.. daun yg berangkai kat huruf tu sebenarnya tirai pintu bilik yg aku beli. RM35. Cabut dari panel dia then abang aku suruh letak kat huruf. Satu je dah cukup.

Zoom out:

Aku takde gambar full pelamin. Masa siap tu nak pegang henpon pun tak larat nak ambil gambar. OP pun xde gambar full. Sedih tak? Tak pela.. yg penting dah selesai yo!

Thursday, 10 July 2014

layan sampai muntah

Wednesday, 9 July 2014

al-kisah veil/layah utk nikah ni, aku buat sendiri
dari beli kain, potong sampailah menjahitnya
cuma jahit tepi je hantar kedai
material utk veil ni aku beli dekat kedai kain @ Jln Tar
RM5/meter bidang 45"
kedai tu sebelah Nagoya. depan Sogo
say NO NO NO to Jakel or Gulatis
sebab aku nak beli kain putih je pun..
kenape perlu ke tempat2 tu
adakah sebab kawen hanya sekali??

ok.. kain ni aku beli 3 meter
sebenarnya utk buat outer dress aku
tapi disebabkan ade lebih, maka jadilah veil aku
rasa dalam semeter je kot guna
material? takdelah chiffon mane
aku pilih je kain mane yg aku rase best utk dipegang
tapi lebih kepada material utk buat tudung sekolah tu
caranya, aku potong bentuk halfmoon
bentuk "D" tu kene betul2 curve supaya nanti bila pakai, yg tepi akan pendek dari belakang
kalau tak betul2 curve, nanti nampak bahagian tepi lagi panjang dari belakang
ko faham tak?

then aku jahit tepi kat kedai tudung je.
RM2 utk jahit tepi tudung/shawl/veil
utk patching pula, aku guna lebihan lace baju.
aku potong ikut bunga.
ada 9 semuanya (bukan dragonball tau)

yg ni view dari tepi veil aku.
pemilihan warna manik ni aku ikut warna sampin Asri
manik aku beli kat PISB utk topup2 & dekat fb kakak ni: Amrah Harun
nampak tak rhinestone yg timbul tu?
itu montee.. pun aku beli kat akak ni
disebabkan kalau pos, kos bertambah, jadi aku order je online, tapi mintak Asri pick-up memandangkan dia kerja dekat Shah Alam
la ni Asri dah terror dah kedai mana nak beli manik, kedai mana nak beli border lace etc.

manik aku jahit lapis dua benang
lepas jahit sekali, susup balik sekali lagi
sebab aku ni jenis kasar sikit.
jadi kene kuat sikit menjahit tu ha.

nampak tak jahitan aku yg senget-benget?
maklumlah.. amatur katenye
utk kepala veil, aku mmg decide nak gune applique diamond..
sbb biar blink-blink gituw..
applique ni aku beli dekat fb jugak: Lace, Beads, Rhinestones and Such
servis sgt pantas. siap bagi freegift lagi
oh org Mesia mmg sukakan barang free
applique ni boleh jahit/gam sahaja

rhinestone yg lain, aku beli kat kak Amrah juga..
sepatutnya guna applicator utk tampal, tapi aku guna iron je
hati2 ye jangan sampai terkena manik yg dijahit, nanti cair
kat dress aku dah jadi gitu dah
next time, beli applicator je la..
jenuh la mengiron satu2
tekan sekali bukan mau lekat

aku siap menjahit veil ni dlm masa sehari
perlu diingatkan.
JANGAN menonton apa2 movie ye
nanti konsentrasi terganggu
layan lagu je. huhu

contoh pemakaian veil:
nampak tak aku yg tak suka veil pepanjang?
paras2 dada je.. xde kot dlm measurement veil gini..
huhu

yg ni utk bhgn kepala..
applique tu jd x kemas sbb masa pakai tu kelam-kabut sbb rombongan lelaki dah sampai kat masjid
aku siap pakai baju/shawl/veil dlm masa 10 minit!!
gila kau datang2 dah khutbah nikah

veil dari tepi..
tak nampak pun senget2 jahit manik tu... hehehe
yg ni masa nak salam2 manja2 sama itu Asri
ketaq jugak la sebab first time nak memanja gitu

okay.done review
fell free or anything to ask, do email me:

akusepakkang[at]gmail.com


eh eh eh cakap omputeh plak diaaaa