Wednesday, 1 January 2014

Terima kasih cinta

Wednesday, 11 December 2013

hai readers (ade ke?)
di tengah2 kesibukan aku buat usha2 coding Matlab..
selit2 jugak la cemano design blazer/coat/suit/tuxedo yg bakal dipakai oleh en. tunang (gelinyer)
apa beza ketiga-tiga ni aku pun tak tahu
hailah.. 
alkisah aku sudah terrrrrrbeli color hijau yg tak berapa nak dipilih sebagai warna favorite B2B
so redah je la kan..
contoh color dan lace utk majlis resepsi nanti: (cry cry woman no cry)

curik dari google pastu edit color

so, calon2 coat pilihan aku ialah: 
(eh ko tak tanya Asri ke?)

ha agak2 ada tak bridal nak sewakan coat color camni?
or better beli je kain, lepas tu tempah?

or yang macam ni? 
tapi yg color oren tu ganti warna putih la..
kang kalau color block sangat mcm kap lam la pulakk
ok,..next!

aku suka yg ni..design yg ni.. 
ada bow tie gitu..baru la nampak merpati dua sejoli kannnn
(merpati la sangattt..)
tapi tak pasti la pulak kalau Asri pakai jadi tough ke idak macam patung ni pakai kan..
(memang takk la)

or better yang nii?
coat silver, tie color teal?
bunga tu ikut bunga tangan aku?

or kelabu gelap yg macam ni?

atau suit putih jer?
eh tapi kasut aku color gold kot..
masuk ke idak tah?

atau yang ini??

ha..yang ni dia guna color code peacock:

or yang ni?
coat: mocha
shirt: olive
tie: teal
macam best je macam best je

hai lah Angelic..
harap2 Asri baca la blog aku ni kan..
lepas tu komen dia nak color ape..
harap2 lah..
kan..

eh eh yang ni apa pula?
oh nak mekap color gold je boleh tak?

atau yang macam ni je?
simple yet lovable and sweet..
auwwww

Tuesday, 3 December 2013


turn OS la pula ye..
setelah kebosanan kebengangan kemarahan semua pada skema jawapan diskrit yg entah apa2..
tak apalah utk OS ini walaupun tiada skema jawapan..
tapi jenuh juga mahu menyiapkan 8 lab ye..
hailah SJF dan rakan2 serta deadlock..
saya cinta anda

-sekian-

Monday, 25 November 2013


gambar: ihsan google

al-kisah di hujung minggu serta cuti umum bagi Johor dan wilayah taklukannya (eh)
maka sementelah pula merajinkan diri menanda tutorial diskrit..
tak sangka pula dapat jadi lab assistant utk subjek ni
sebelum ni dengar2 sahaja budak PGR depan menangis2 tak tahu buat
pengalaman pertama mengajar budak degree IT terus2 ajar diskrit
walhal masa degree dulu memang tak pernah ambil subjek ni
hai apalah segala cacing2 ni
memeningkan kepala
tapi bila ditenung2 direnung2 seakan pernah belajar ketika di matrikulasi dulu
juga ada implement sikit2 masa master
agak leceh sebenarnya sebab kena fahami terms yg ada...
secara tidak langsung menyebabkan tiada progress utk kerja hakiki sendiri
tapi, mana tahu mungkin berguna utk research phd saya nanti..
maka dengan itu, bersangka baiklah dengan kesukaran yg dihadapi...
mudah2an ada jalan..

p/s: let's grad for one last time

Saturday, 9 November 2013

persetujuan mengenai tarikh akad & majlis resepsi telah ditetapkan
walaupun masih awal, tapi lebih mudah utk sebarang urusan di kemudian hari
walhal halnya juga dengan barang utk dulang hantaran
3 balas 5

dari pihak lelaki:
1- rantai + mahar + wang hantaran
2- al-quran
3- bunga pahar/telur

dari pihak perempuan:
1-
2-
3-
4-
5-

yg ni Asri belum decide lagi. mungkin dia terkejut kenapa tiba2 aku nak 3 dulang je kot..
sebelum2 ni decide nak perfume handbag kasut dan rakan2nya...
memang beria nak..
tapi sejak dua tiga menjak ni..
entah kenapa tiba2 pun berubah fikiran..
tapi tadi telefon mak, mintak persetujuan dia bagi 3 dulang..
dia kata ok.. abah pun kata ok..
tapi mak cuma nak Quran je.. dengan bunga telur..
kek, coklat, buah sume2 tu tak payah..
atas sebab apa tiba2 aku jadi baik hati pun aku tak pasti..
but sometimes, less is more isn't it??

dengan kekangan waktu utk memilih barang2 hantaran lagi....
dengan barang hantaran nak kena gubah sendiri...
nak2 pula tempoh pertunangan disingkatkan..
rather than aku sibuk2 fikir nak beli barang hantaran baik aku fokus pada study
kang dok eksaited sangat nak kahwin, drag study
pastu kena bayar balik duit scholarship yg aku memang plan nak guna buat duit kenduri
ha, naya tak naya tu jah
kan kan kan...
heheheh...

p/s: sederhana itu indah