Thursday, 19 January 2023

Here's to a beautiful
and blessed new day.

Be Grateful,
enjoy every moment of
it because we only get to
live once.


 

Monday, 24 January 2022

 


Semoga membesar dengan sihat anakku..
Semoga mama diberikan kesihatan sepanjang kamu berada di kantung, menyusukan dan membesarkan kamu,
di samping papa, kakak Ulfah dan abang Furqaan..



Wednesday, 15 December 2021


#konvo2020keretaterbang

 

Friday, 27 October 2017

Friday, 4 August 2017

Aqil Faqih bin Muhamad Asri Azhari
DOB: April 20, 2017
DOD: April 21, 2017

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎‏.

Thursday, 29 October 2015


Friday, 16 October 2015

Thursday, 3 September 2015

Bila disusun2 baru perasan mittens & booties je yg banyak
Agaknya sbb banyak beli set kot
Next pureen warehouse clearance baru beli sabun detergen bagai
Sbb hari tu time expo beli 1liter je
Alahai...
1 month++ to go
Mama tazabar nak jumpa #babyulfah
Mudah2an #babyulfah pun fikir mcm mama ye

Sunday, 26 July 2015

Unexpected..
Sayang mama & papa
Moga2 kamu kuat & tabah seperti mama
Moga2 kamu sabar & teguh seperti papa
Mama & papa sayang kamu
Dunia akhirat

Thursday, 2 July 2015

Hari ni terlewat bangun
Jadi missed sahur
Nak bangun kaki cramp
Jadi subuhnyer gajah
Dosa subuh pertama di bulan mulia
Hai lah...
Hari ni hari kedua kecil hati dgn Asri
Due to the word he keep repeated
"Xde duit"
Mintak belikan creampuff pun takde duit katanye
Nak scan baby pun takde duit katanye
Lama2 dikumpul bernanah juga dlm hati
Tambah2 dgn keadaan sekarang
pembawakan budak
Suami jauh
Jadi makanya jerih perih sendiri
2 hari ni juga nangis sokmo
Semalam tidur dgn jayanya di PGR
Sebab banyak benda dlm kepala otak
Kelip2 mata jgn kasi nangis
Tapi nangis jugak
Asri wasap tak balas
Bukan taknak tapi dlm hati rasa sakit
Sedih sendiri
Hari ni baby kerap gerak
Maafkan mama sayang
Mama selalu sedih2
Mama selalu ganggu emosi kamu
Hai lah sedih lagi

Monday, 2 March 2015


Date Taken: 1/3/2015
Time: 3:00 p.m.

Masa memula check tu sbb Asri yg mamai2 bangun pagi tanya soalan,
"Awak kenape tak period lagi?"
"Entahla..""..."
"Kenape? Nak kena check ke?""Ye la kan?"
"...Saya malas la nak check.. Nanti esok2 dia keluar la..""G la check.."
"Saya malas la nak check. lagipun pagi tadi saya dah kencing dulu dah sebelum solat. Lagipun kalau check sekarang pun bukan jelas pun. Kena pepagi baru jelas"

Langsung laki aku dah malas nak berdebat dgn bini dia yg ketegaq ni.
Tak pela..check le jugak even aku memang pulun kopi kaw kot..(ada kaitan ke?)
Kencing bau kopi siak. Wat malu je.

Masa p celup2 UPT tu aku cam kagum jap
"Eh cepatnya dia serap. Eh kertas segini je sampai 5 hengget?"

Bila tengok terus dia detect dgn color yg tak malu2 nak menampakkan dirinye, aku lagi la kompius.
Gigil2 dlm bilik air.
mintak Asri amekkan henpon then snap.
Bese la.. Typical Malaysian uolz.
Pastu nanges.
Unpredictable. Unsangkarable.
Mmg takde spotting pun.
Cuma simptom2 yg aku rasa:
Keputihan melampau macam period. Tapi aku assume sbb aku eksaited jumpe Asri kot.
Sakit pinggang. Tapi aku rasa sbb dah lame tak pakai heels kot.
Perut cramp melampau sampai aku terpaksa menyerah diri pd gaviscon. Oh itu mungkin sbb tabiat makan yg tak menentu kot.
And aku main lenjan je makan ape yg aku suke.
Minum teh kopi bergelen2 apetah lg air gas.
Not to forget makan nenas!!!

Masa makan gaviscon tu mmg sedih sgt.
Sbb aku lately dah beberapa bulan stop makan ubat2an klinik.
Prefer to amalkan makanan sunnah due to dah muak dgn those ubat2 yg aku makan dari kecik.
Minum minyak zaitun extra virgin due to lose weight/pimples.
Siap beli yoga mat ngan sport shoes hokeyy..

Then, forward this result to Tim, Iiman, Irma (Group AAB29) & Aswa sbb nak double confirm.
Tapi masalahnye Pn. Tim selaku penolong pengarah kanan biro kawalan juga tidak pandai membaca ini result..
Tanya Aswa so dia cakap confirm n suruh pegi klinik.
Pigi klinik masuk tak sampai seminit doktor cakap positive hamil berpa minggu sekian2 which is aku pun boleh kira sendiri.
total need to be paid : RM20.
ok sikit punye berejam tunggu weh...!!!

Bila dah positive hamil ni..
Aku cam terfikir..
Sedih tapi kena kuat utk kejar2 bas.. Kena berdiri bila student ramai. Menapak utk ke fakulti.
Sedih jugak sebab belum pandai lagi nak drive sendiri.
Sedih jugak bila Asri jauh.
Sedih jugak jugak sebab dah tak boleh jadi independent.
And the positive yg aku boleh fikir is..
Mungkin ini indicator utk aku cepat2 abeskan phD kot..
Cepat2 duduk sekali ngan Asri.
Kesian jugak dia ulang-alik tiap2 minggu sampai lebam.
Sekali tengok bini kat Parit Raja dalam comfort zone hari2 tengok Hyun Bin
eh2 dah2 g buat research tu!

Sunday, 25 January 2015

Ajaibnya hati
Semalam duka
Hari ini suka

Ajaibnya hati
Semalam sedih
Hari ini gembira

Ajaibnya hati
Semalam menangis
Hari ini ketawa

Terima kasih ya Allah
Atas kurniaanMu
Terima kasih ya Allah
Untuk suami yg dianugerah

"Suami yg kita pilih itu adalah pasangan terbaik utk kita. Jangan pernah terdetik utk memilih yg lain"

Kunci kebahagiaan rumahtangga adalah persefahaman & kejujuran serta tanggungjawab
Andai kedua2nya tak ada
Maka hancurlah sebuah hubungan

Hailah ajaibnya hati
Semalam benci
Hari ini sayang
Semakin hari semakin sayang
Moga2 hubungan ini diberkati olehNya
Moga2 hubungan ini berpanjangan hendaknya
Moga2 juga hubungan ini kekal sampai syurga

Saturday, 17 January 2015

...

Semuanya mudah
Semuanya indah
Andai sang suami memahami
Andai sang suami memberi semangat
Andai sang suami mencuri sedikit masa utk si isteri
Tapi semuanya jadi payah
Semuanya jadi menyakitkan
Andai sang suami itu hanya berpegang pd "title"nya sahaja
Apalah yg dia tahu apa yg si isteri sedang lalui
Pedih. Jerih. Payah.
Usah berbicara tentang syurga neraka
Andai perananmu tidak dilaksanakan dgn baik
Malah mengharapkan si solehah menjadi serikandi
Andai itu harapanmu
Mengapa menyunting aku yg tidak sesolehah mana?

Sunday, 28 December 2014

Asri datang Pt. Raja.
Cuti 4 hari.
Rabu sampai malam.
Ahad sat2 tadi dah balik.
Sengaja aku biarkan dia balik awal.
Sebab sakit hati.
Tak makan tak apa.
Kelibat dia pun tak nampak depan rumah tu.
Tadi nangis lagi.
Hempas pintu lagi.
4 hari ni dah 2kali aku buat perangai.
Sebab frust. Sebab sakit hati.
Masalah rumahtangga memang kena bawak berbincang kan.
Aku dah WhatsApp dia masa kali pertama aku mengamuk utk 4 hari ni.
Aku anggap dia faham apa yg aku nak apa yg aku kurang.
Tapi tadi jadi lagi hal yg sama.
Aku jadi tak tahan dgn sikap dunno seorg lelaki.
Aku menangis sepuas2nya tadi.
LOSER kan aku?
Ada jugak carutan yg menampakkan betapa hodohnya aku tadi keluar.
Tapi tak banyak mcm selalu.
Mungkin perlu ikut cara dia.
Diam membisu seribu bahasa.
Ikut hati aku nak call dia suruh dia balik sini.
Aku nak salam dia peluk dia cium dia.
Dgn harapan dia faham hakikat seorang isteri.
Tapi mungkin aku tak cukup solehah utk seorang suami yg menikahi aku.
Dalam hati rasa sakit. Rasa kecewa yg tak tergambar.
Sudahlah. Selesaikan mana yg dah bermula.
Asri? Simpanlah sayang & kasih utk dia dalam2.
Sekian.

Wednesday, 24 December 2014

17/12/2014
tarikh sepatutnya aku abc
tapi delay
aku bercadang nak tunggu seminggu delay baru test
tapi 20/12/2014 aku dah abc
ok fain. sila frust.
terus whatapps Asri yg ada depan rumah
it is just me yg tak tahu nak explain directly
eye to eye
so test kit yg aku beli satu2nya dari bulan 8 hari tu masih belum sempat digunakan
entah ke mana entah menatang tu
sebab kali ni aku macam kononnya yakin la aku pregnant sbb on 3/12/2014 mmg ada spotting pun
di samping perut aku cramp yg aku mmg tak boleh luruskan badan langsung. asal bangun je rasa nak tumbang. minum air putih rasa nak muntah. gosok gigi pun nak muntah
(entah2 sbb gastrik tak?)
ngan tetiba Asri dapat offer kerja Honda..
aku pulak dapat offer mengajar..
memang tetiba aku pun rasa kot2 rejeki baby ke?
group2 mom to be ngan TTC tu mmg dah lama join dah..si Nadz yg dok invite aku masa aku tak pernah terfikir langsung nak ada baby
tapi bila baca2 post kat group, blog...
rasa cam sayu je sbb takde anak lagi
hahaha..
ni pun macam rasa sadis padahal bukannya time pms pun..
boleh berair mata kot
siot je.gurrr.

jauh di sudut sanubari
memujuk hati
mungkin masanya belum benar2 sesuai
untukku & pasangan menjaga amanah itu
barangkali bila keduanya benar2 sudah stabil
barangkali bila kami sudah mula duduk sebumbung seperti pasangan normal
barangkali juga sehingga selesai ijazahku yg satu ini
siapa tahu bukan?
sebagai hambaNya.. kita.. memang benar2 perlu bersangka baik padaNya..


Tuesday, 16 December 2014

"kalau orang tu ikhlas, Tuhan akan lorongkan kita utk mengenalinya"
a reminiscence quote from not-so-ordinary friend of mine
someone from my past
rasanya quote ni sudah terlalu lama disimpan di dalam hati
seringkali aku melihat quote ini dalam2
cuma memahami maksud terselindung
cuma utk mengenali
seorang demi seorang
mana tahu kot2 sepadan tulang rusuknya yg ada padaku
mencari dan terus mencari
hingga akhirnya ketemu

7 tahun menantikan kebenaran quote itu
di saat hati benar2 tidak mahu toleh ke belakang
mengenang kisah kasih 7 tahun lepas yg penuh kepincangan
saat dikhitbah juga aku mengiyakan tanpa ragu
walaupun di saat kurangnya sumber kewangan
juga di saat aku sedang berjuang utk memulai ijazah yg satu ini
barangkali hati sudah betul2 bulat
memilihnya menjadi sang suami

orangnya biasa2 saja
tak ada harta
romantik juga tidak
agamanya juga biasa2
bukan ustaz bukan juga lulusan sekolah agama
melainkan lulusan sekolah katolik yg huha2

1-3-2014
saat wali memberikan wakalah
saat akad dilafaz
saat doa dipanjatkan padaNya tanda syukur

terima kasih ya Allah
atas nikmat yg diberikan
terima kasih ya Allah
kerana menyembuhkan luka ini
mungkin inilah yg dikatakan
"kalau orang tu ikhlas, Tuhan akan lorongkan kita utk mengenalinya"





Tuesday, 21 October 2014

Orang kata lepas kahwin tak payah berkira
Duit kau duit aku duit aku duit kau
Orang kata lepas kahwin mmg kena banyak toleransi kena banyak bertolak-ansur
Orang kata lelaki lepas kahwin mmg akan ada fasa utk dia berubah menjadi lebih dewasa
Dan utk kesemua 'orang kata' tu mmg perempuan lah yg kena banyak berkorban kena banyak makan hati

Aku dan dia..
Baru 3 bulan menjalani kehidupan sbg suami isteri yg sebenar
Ada komitmen ada rumah utk diduduki walaupun hanya hujung minggu

Terkadang nafas terasa sesak membuat itu dan ini
Acapkali juga terpaksa berlagak macho
Padahal dalam hati rasa tak secure
Dalam benak memikirkan apa yg boleh dilakukan utk membantu
Juga apa yg perlu diungkap utk memberi semangat
Padahal hal sendiri juga sudah kusut
Ingin juga meluahkan lelaki rendahkanlah ego kamu utk perempuan ini yg telah berkorban utk kamu
Yang seringkali menangis utk kamu
Mendoakan yg terbaik utk kamu

Acapkali nafas dihela sambil mulut terkumat-kamit mohon kekuatan
Ada juga terkadang sang akal nakal mengatakan
"hidup dgn ibu ayah dulu tak begini"

Sungguh.. aku hanya anak perempuan yg tidak mengerti apa itu susah
Mengadu pada ibu ayah juga tak mampu
Kerana isteri itu perlu menjaga maruah suaminya bukan?

Sesalan itu tidak pernah ada..
Kerna aku menyintainya..dan aku menyayanginya..
Cuma terkadang rasa begitu ampuh dan lemah
Moga2 diberikan kesabaran serta kekuatan untukku.. untuk dia mengharungi cabaran hidup berkeluarga

Saturday, 18 October 2014


Dia call tanpa disuruh
Dia kata rindu tanpa ditanya
Tak tahu nak respons camne
Sebab dalam hati juga rindu yg amat
Sehingga diluahkan oleh air mata
Tapi diri harus kuat
Sebab inilah yg harus dibayar utk sebuah perhubungan
Hamparkan rasa rindu dlm doa
Pohon pada Ilahi moga" dipermudah urusan dikuatkan rasa kasih & dirahmati
Pintaku dialah syurgaku di sini & di sana
Allahurabbi... sungguh.. aku benar" rindu..
Moga" dia di sana baik" sahaja..

Thursday, 18 September 2014


another #diy project
aku buat senirik bantal utk letak tepi-tepi pelamin tu ha..


bahan-bahan:

bantal empat persegi (RM10/3pcs --> kedai teddybear Ayer Hitam)
kain satin putih (RM2.50/meter.. beli 2meter utk selamat --> Nagoya) 
riben berlainan saiz (saiz hijau tu 2x ganda saiz biru utk efek lebih ummphh -->Kedai Bunga Riben, Jalan TAR)
bulu merak (RM1/pcs --> kuil Batu Caves)
pita selofan (--> kedai buku je)
border blink-blink (bape posen tah --> Kedai Bunge Riben, Jalan Tar)
hotglue bersama gun nyer
butang ketip (utk ketipkan sarung bantal)
tali tape
kapur jahit
benang

cara-cara:

1- potong kain ikut 2.5 kali ganda saiz bantal. aku lilit je kat bantal tu. punyela malas nak ukur. then tanda guna kapur jahit. lebihkan sikit tepi utk jahitan dan utk letak butang ketip.

2- jahit keliling gune mesin je. selisihkan sikit bahagian belakang tengah utk letak butang ketip. ko faham tak? aku tak jahit tepi pun sebab nanti nampak gemuk pulak bantal aku.

3- selesai jahit, masukkan bantal. ha yang ni perlu hati-hati sebab aku buat sarung tu memang betul-betul muat-muat je. nak-nak aku yg jenis tak menyabar ni masukkan sarung bantal??

4- lilit riben hijau pada bantal & potong ikut saiz yg dikehendaki..riben biru pun ikut saiz riben hijau.

5- jahit sembat. gunakan benang warna sama ye. mulakan jahitan dari belakang bantal (sbb tak nampak)

6- kemudian jahit pula riben biru pada bantal. tindihkan sikit atas riben hijau supaya tak nampak any gap.

7- potong bulu merak then selotip utk elak dari bercerai.

8- selitkan, the gam guna hot glue gun.

9- potong border blink-blink tu dan jahit supaya jadi macam gambar di bawah. boleh juga gunakan brooch.

10- siap..!! ada 6 bantal kesemuanya.. 


gambar di bawah in action pelamin diy aku.. love tu..errr...aku un tak tahu sapolah yg p letak kat situ

kiri: tudung merah (Kak Yam ex-housemate lecturer juge), tudung mustard (Farhana ex-student)
kanan: tudung peach (Wana ex-student), tudung pepel (Nisa ex-student)
padahal sume pun panggil kakak je lepas abes blaja.. hewhewhew. umo pun tak jauh beza lah





Monday, 18 August 2014

Another #diy project for my reception day
Aku bajet nak buat block letter macam kat performance retis2 kat stage tu..

Bahan-bahan:
1-Kotak
- aku guna kotak CPU kt PGR yg supplier nak jual tu.. dari bg diorang duit free
(dah la setup pc main2 kitorang gak yg kene explore balik.oh geramnye)
- satu kotak CPU mewakili satu huruf.. disebabkan aku nak buat ASRI AIDA, so aku perlukan 8 kotak CPU.

2-Cellophane tape
- pilih yg mahal sikit. Jenama loytape yg senang nak koyak tu. Avoid masking tape (tapi aku dah terrrguna)

3-Pembaris panjang
- ni aku pinjam pembaris jahit mak aku

4-Heavy duty cutter

5-Pen
- guna warna merah lagi senang nampak

6-Gluestick
- cepat kering & tak mengerekot

Cara-cara:
Lakarkan hurup “D” menggunakan pembaris. Macam aku, aku just ikut tinggi kotak yg aku ada. Tinggi huruf yg aku buat ialah ¾ saiz kipas meja yg sederhana.


Lebar bagi setiap huruf aku setkan 3 inci. Lebar bahagian dalam kotak, aku setkan 2 inci utk efek 3d.









Langkah 4:
Lakarkan huruf “D” yang sama utk bahagian belakang pula, lekatkan guna cellophane tape.

Langkah 5:
Balut huruf menggunakan kertas mahjong/surat khabar (1st layer). Tujuannya, utk elakkan bahagian lipatan huruf yg kita dah seletip tadi terbuka.

Langkah 6:
Balut sekali lagi kemas-kemas guna kertas mahjong. Kali ni gunakan gluestick supaya cepat kering.


Hasilnya:
Aku letak di kiri & kanan pelamin. Untuk lekatkan, guna double sided tape yg ade sponge tu..
Cover utk whole kaki huruf. Jangan sikit2 pulak, nak terbang huruf tu kena angin kipas.


Oh ye.. daun yg berangkai kat huruf tu sebenarnya tirai pintu bilik yg aku beli. RM35. Cabut dari panel dia then abang aku suruh letak kat huruf. Satu je dah cukup.

Zoom out:

Aku takde gambar full pelamin. Masa siap tu nak pegang henpon pun tak larat nak ambil gambar. OP pun xde gambar full. Sedih tak? Tak pela.. yg penting dah selesai yo!