Monday 25 November 2013


gambar: ihsan google

al-kisah di hujung minggu serta cuti umum bagi Johor dan wilayah taklukannya (eh)
maka sementelah pula merajinkan diri menanda tutorial diskrit..
tak sangka pula dapat jadi lab assistant utk subjek ni
sebelum ni dengar2 sahaja budak PGR depan menangis2 tak tahu buat
pengalaman pertama mengajar budak degree IT terus2 ajar diskrit
walhal masa degree dulu memang tak pernah ambil subjek ni
hai apalah segala cacing2 ni
memeningkan kepala
tapi bila ditenung2 direnung2 seakan pernah belajar ketika di matrikulasi dulu
juga ada implement sikit2 masa master
agak leceh sebenarnya sebab kena fahami terms yg ada...
secara tidak langsung menyebabkan tiada progress utk kerja hakiki sendiri
tapi, mana tahu mungkin berguna utk research phd saya nanti..
maka dengan itu, bersangka baiklah dengan kesukaran yg dihadapi...
mudah2an ada jalan..

p/s: let's grad for one last time

Saturday 9 November 2013

persetujuan mengenai tarikh akad & majlis resepsi telah ditetapkan
walaupun masih awal, tapi lebih mudah utk sebarang urusan di kemudian hari
walhal halnya juga dengan barang utk dulang hantaran
3 balas 5

dari pihak lelaki:
1- rantai + mahar + wang hantaran
2- al-quran
3- bunga pahar/telur

dari pihak perempuan:
1-
2-
3-
4-
5-

yg ni Asri belum decide lagi. mungkin dia terkejut kenapa tiba2 aku nak 3 dulang je kot..
sebelum2 ni decide nak perfume handbag kasut dan rakan2nya...
memang beria nak..
tapi sejak dua tiga menjak ni..
entah kenapa tiba2 pun berubah fikiran..
tapi tadi telefon mak, mintak persetujuan dia bagi 3 dulang..
dia kata ok.. abah pun kata ok..
tapi mak cuma nak Quran je.. dengan bunga telur..
kek, coklat, buah sume2 tu tak payah..
atas sebab apa tiba2 aku jadi baik hati pun aku tak pasti..
but sometimes, less is more isn't it??

dengan kekangan waktu utk memilih barang2 hantaran lagi....
dengan barang hantaran nak kena gubah sendiri...
nak2 pula tempoh pertunangan disingkatkan..
rather than aku sibuk2 fikir nak beli barang hantaran baik aku fokus pada study
kang dok eksaited sangat nak kahwin, drag study
pastu kena bayar balik duit scholarship yg aku memang plan nak guna buat duit kenduri
ha, naya tak naya tu jah
kan kan kan...
heheheh...

p/s: sederhana itu indah


Monday 4 November 2013

al-kisah ke Bandung tempoh hari
maka aku terrrrbeli prada lace atau nama saintifiknya guipure lace
dipanggil prada lace sbb Prada banyak menggunakan lace ni dlm rekaan2 mereka
pergh terbayang2 aku handbag yg ada lace2  ni.. ZzzzZZZ

(tapi Asriah ngn SZAB kate mcm org tua nyer taste. okay fine thank you)

aku sebenarnya lebih suka sequin lace..
sebab yelah dah mmg anak bongsu suka mencapap kan..
lepas tu tambah pulak sequin lace tu ngan heavy beading
pergh riak ujub takabbur semua ada lah
but end up with this kind of lace...
sebab dah terlalu banyak berpinar mata tengok lace
jadi pilih yg simple je
lagipun asalnya beli sebab nak recycle tudung tunang hari tu..
tapi tak match la plop..
aiseymenn
lace aku ala2 color macam ni... bunga timbul..
RM80/meter
redah je la..
bukan duit aku pon kan.. hehehehe..
aku beli 2 meter... rasenya ni bidang luas..
sebab masa cuba try test kat rumah dah boleh cover bahu ke kaki uolz


utk lining, aku ingat nak beli satin je..
mungkin valentino kot... or crepe satin pun cantik..
utk lelaki, dutch satin.. sbb biar tegap sikit pakcik Asriah tu
cuma tang color je la ..
kalau ikut aku, color yg lagi gelap dari lace ni jadi pilihan
sebab aku kan tak suke color cerah2 ni
tapi hari tu tanya Farid (dia lecturer graphic)
dia kata ambil mint green
baru prada lace tu naik
and kalau nak tahu color tu sesuai  ke tak
cuba blur kan mata
tak perlu sepetkan mata, cuma blurkan mata
hah kalau soh Asriah ni, soh je dia bukak spec, CONFIRM boleh jumpa la color yg match
miahahaha
color code: bamboo..
so conclusionnya??
non-ado ponggg... aiseyyyy
tapi tengok awek ni combine teal green ngan mint green..
cam cantik je kan..
ke sebab awek ni memang cantik??
zzZzzzzzz

Sunday 3 November 2013

"ok.. kira confirm lah tarikh tu

apa nak jadi, jadilah
memang tarikh tu jugak"

Asri Azhari, 2013